Nak Join Online Business bermentor? Klik sini »

Seminar Hartanah – Sambungan

By MrZamri / October 19, 2012

Ingat minggu lepas saya telah ke seminar Pelaburan Hartanah anjuran Tuan Bri? Ya, saya telah pun membuat keputusan samada saya akan pergi ke peringkat seterusnya atau tidak.

Sememangnya, seminar Pelaburan Hartanah ini membuka mata saya malah ada yang saya tak terfikir untuk membuatnya, antaranya

1. Ilmu – Apa jenis bidang yang anda ceburi, samada perniaagan, pekerjaan malahan nak bersukan pun perlu ada ilmu. kalau tiada ilmu bagaimana nak beramal? Jadi, perkara pertama dapatkan ilmu kerana dengan ilmu kita dapat bezakan mana yang betul dan mana yang tak betul.

2. Mentor – Nak memotivasikan diri, perlu ada mentor yang sudah pun berjaya dalam bidang yang anda minati. Contohnya, untuk anda berjaya dalam perniagaan internet, anda perlu berguru dengan pakar-pakar internet, bukannya pakar lain.

3. Pengiraan ROI – Ianya amat penting kerana sebelum kita membeli rumah kita perlu tahu apakah rumah itu akan memberikan keuntungan yang baik kepada pelaburan kita. Ini adalah salah satu poin penting yang perlu kita fokuskan.

4. Tahap Kewangan – Bidang hartanah memerlukan kita membuat pinjaman jika kita berminat untuk memiliki rumah. Tetapi jika tahap kewangan anda tidak berapa baik, selalu lewat bayar atau langsung tidak bayar segala hutang pinjaman, kad kredit dan sebagainya akan memberikan anda “bad reputation” kepada bank. Jadi, susah nak lulus pinjaman.

5. Fokus dan komitmen – bidang hartanah perlukan komitmen, perlukan masa, perlu anda turun padang untuk “site survey” dan sebagaiya.

6. Tawakal kepada Allah – apa-apa yang kita buat, semuanya berlandaskan kita beribadah kepada Allah. Maka kalau hendak ceburi bidang hartanah, perlu rapatkan diri kepada Allah, jika kita ingin ceburi bidang perniaagan, kita perlu rapat dengan Allah. Sangat penting!

Berbalik kepada keputusan saya. Saya telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan niat saya untuk ke peringkat ke seterusnya walaupun hati saya amat kuat untuk meneruskan memandangkan saya mempunya komitmen lain dalam projek saya. Biar saya fokus pada satu projek supaya ianya tidak menjadi “hangat-hangat tahi ayam”.

Hartanah masih lagi menjadi salah satu cabang yang akan saya ceburi. Malah sekarang pun saya sudah ceburi cuma perlukan “correction” ke atas aset-aset yang sedia ada supaya ianya memberikan ROI yang baik untuk jangka masa panjang. InsyaAllah.

About the author

MrZamri

Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge