Nak Join Online Business bermentor? Klik sini »

7 Teknik Mantap Pemasaran Facebook yang akan Hasilkan Income Berganda!

By MrZamri / September 3, 2013

Penggunaan Facebook sebagai medium perniagaan menjadi satu trend terutamanya di Malaysia. Kita boleh lihat apabila melayari Facebook dimana terdapat beberapa “sponsored stories” atau iklan disebelah kiri yang semakin banyak. Ini merupakan satu fenomena yang memberangsangkan.

Namun begitu, untuk memulakan perniagaan anda di Facebook, anda perlu tahu apakah teknik dan skill yang perlu untuk memulakannya.

1: FANPAGE PRODUK

Medium yang betul perlu digunakan untuk memasarkan produk anda. Fanpage merupakan salah satu medium yang sesuai untuk tujuan pemasaran. Penggunaan personal Facebook dikhuatiri akan menganggu malah akan dianggap SPAM, terutamanya apabila kita menggunakan fungsi tag gambar. Dengan Fanpage ianya tidak hadkan jumlah kawan anda malahan anda boleh mengumpulkan LIKE seberapa banyak yang anda suka tetapi dengan cara yang berhemah. Dengan LIKE yang tinggi, menunjukkan kuasa autoriti Fanpage anda dan juga kebolehpercayaan pelanggan serta reputasi penjenamaan produk anda.

 

2: FACEBOOK TIMELINE

First impression, merupakan salah satu aspek yang penting dalam menaikkan jenama produk anda. Facebook Timeline merupakan salah satu medium yang amat penting kerana dari situ anda dapat memperkenalkan produk anda dalam bentuk gambar produk anda dengan lebih jelas, ringkas dan berinformasi. FacebookTimeline yang menarik akan menaikkan emosi pelanggan untuk terus menerus melayari Fanpage anda dan sudah tentu peratusan untuk membeli produk akan semakin tinggi.

 

3: FACEBOOK PROFILE PICTURE

Perlu diingatkan walaupun ruangan profile picture hanyalah 160×160 namun impaknya juga jangan dipandang remeh. Jika perlu, jangan letakkan gambar peribadi. Seboleh-bolehnya letakkan gambaryang berkaitan dengan produk.

 

KEEMPAT: Update POST di FANPAGE

Post update di Fanpage anda perlulah diselang-selikan dengan informasi produk samada dalam bentuk gambar, video dan sebagainya dengan tips-tips yang berguna kepada pelanggan anda. Nisbah terbaik adalah 8:2 dimana 2 adalah berkaitan dengan produk anda. Wujudkan “awareness” terhadap produk anda dengan post tips-tips yang berkaitan dengan produk anda. Waktu post juga perlu dititikberatkan. Anda perlu tahu, waktu bilakah pelanggan anda akan melayari Facebook.

 

5: LIKE KOMEN & TAG NAMA PELANGGAN

Hargai komen dan like yang diterima di Fanpage anda samada like komen tersebut atau tag nama untuk berikan penghargaan seperti berterima kasih dan sebagainya. Ingat manusia suka kepada penghargaan.

 

6: CALL TO ACTION

Promosi tanpa CALL TO ACTION adalah umpama makan tidak berkuah. Berikan arahan yang jelas, ringkas dan mudah difahami. Jika perlu, senaraikan apakah langkah yang mereka perlu lakukan untuk membeli produk anda dengan langkah 1, 2, 3, dan sebagainya. Contohnya,

“SMS “Produk” ke 01099999999″ untuk mendapatkan produk ini dengan harga promosi.”

 

7: RESPOND PANTAS

Pantas untuk menjawab PM adalah satu bonus bagi anda. Pelanggan akan lupa jika anda respons selepas 2-3 hari. Anda akan terlepas peluang untuk “close deal” pelanggan ini. Respons pantas amat perlu untuk menunjukkan kredibilit anda, menunjukkan anda sangat mudah di hubungi dan anda adalah peniaga yang serius bukannya main-main.

 

Anda ingin mulakan bisnes sendiri? Tak tahu nak mula dari mana? Atau dah mula hasilnya kosong?

Klik sini untuk baca selanjutnya

[+] http://mrzamri.com/buat2000

 

About the author

MrZamri

Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge