Adam Akmal – Hari ke 21

By MrZamri / November 12, 2011

Lelap mata bukak mata dah 21 hari. Cepat betul masa berlalu. Apasal 21 hari? Sebab aku kira dari lahirnya anak lelaki aku, no 2 dalam keluarga kecik aku – Adam Akmal. Usia dah masuk 21 hari dah dan alhamdulillah Adam sihat walaupun sebelum nih ader kuning dan pusatnya ada jangkitan. Berkat Allah, semuanya semakin baik dan pulih.

Memang rezeki kami dapat anak ke dua. Selepas selama 3 tahun menunggu anak pertama – Irdina Mawaddah, Adam Akmal pulak keluar untuk menggamatkan lagi rumah kami. Memang aku excited dengan kehadiran yang kedua nih sebab melengkapkan famili kecik 4 beranak… hehehe.

Adik dan kakak tidur sebelah menyebelah. Kalau tak tidor nih confirm si Adam kena pukul dengan Si Mawaddah.

Hari pertama kelahiran Adam Akmal

 

Hari nih jugak aku dah cukur anak aku. Sepatutnya 7 hari selepas lahir, tapi masa hari ke 7 kami seharian di poliklinik sebab anak kuning. Jadi tak sempat. So, hari nih, hari jumaat genap 21 hari aku cukur rambut Adam. First time lak tu. Menggigil jugak tangan aku ngan wife aku nak cukur kepala Adam. Alhamdulillah, selesai walaupun nampak cabuk sikit.. hehehe.

Adam lepas cukur kepala.

Next, Aqiqah. Sama jugak sunnah 7 hari selepas lahir, pun aku tak rancang. sepatutnya rancang sebelum kelahiran. Buat semua 7 sunnah Rasullullah. Aku rancang untuk buat masa masuk rumah baru nanti, insyaAllah.

So, setakat nih ajelah. Dah lama tak update blog nih. Malas dah makin menebal. Tapi sebab nak tulis pasal Adam Akmal, aku kikiskan lemak-lemak malas nih dan lepas nih InsyaAllah aku akan update blog nih dengan berita, ilmu dan tips blogging, hartanah dan kewangan yang aku belajar insyaAllah.

Syukur alhamdulillah… semoga Allah murahkan rezeki kami dan kurniakan hidayah dan nur ke atas kami dan keluarga kami serta umat manusia. Wallahualam.

 

About the author

MrZamri

Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge