Asas Sebelum Lancarkan Iklan

Asas utama ni adalah paling kritikal sebelum kita mulakan untuk buat iklan memasarkan produk atau servis kita. Asas ini ramai yang masih tak ambil serius sebab tergesa nak lancarkan iklan sebab nak kejar sales. Sebab tu, kadang-kadang iklan pun ke laut dalam.. hehe

Tapi tak bermakna, kita ada asas ini pun iklan akan terus boom. Sebab semuanya bergantung pada izinNya. Apa-apa pun pekerjaan, niat utama dan pergantungan kita tetap pada yang Maha Esa. Saya lebih suka tekankan begini. Asalkan kita berusaha dan ikhtiar sampai jadi, InshaAlLah.

Gambar-gambar yang saya letak kat sini adalah hasil “coaching” Marketer baru. InshaAlLah semoganya ianya membantu beliau.

3 Asas utama perlu ditekankan untuk NEW Marketer

  1. Maklumat produk – perlu faham apa fungsi, bagaimana ianya bekerja/membantu, apa “big promise”
  2. Pelanggan Ideal (Customer Avatar/Profile) – Siapa prospek kita? Siapa perlukan produk ini? Siapa perlukan penyelesaian kita? Siapa yang inginkan impian dia dipenuhi?
  3. Sales Cycle/Journey – Kefahaman kita tentang perjalanan satu prospek hinggalah ianya menjadi pelanggan, pelanggan berulang (repeat customer) dan kepada Peminat pada brand/produk kita.

Setiap satu asas ni kalau nak tulis panjang rasanya. Untuk maklumat lanjut boleh cari di Youtube.com. Ada banyak perkongsian tentang 3 topik ini.

InshaAllah, lepas ni banyak lagi perkongsian dalam blog ni. Jangan lupa bookmark blog ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *