Nak Join Online Business bermentor? Klik sini »

Beli Rumah tanpa Keluarkan Kos

By MrZamri / December 9, 2014
Beli Rumah Tanpa Modal

Ramai yang masih belum rumah kerana syarat untuk beli rumah perlukan 10% deposit dari harga rumah. In menyebabkan ramai yang masih menunggu dan tunggu hinggalah harga rumah makin tinggi akhirnya terlepas peluang utuk dapatkan rumah idaman.

Ada beberapa cara untuk beli rumah tanpa perlu keluar 10% deposit. Antaranya:

Beli-rumah-tanpa-deposit

Beli-rumah-tanpa-deposit

1. Guna wang EPF

Jika anda mempunyai EPF anda boleh keluarkan EPF anda untuk pembelian rumah dari akaun 2. Berapa banyak yang anda boleh keluarkan dari EPF?

Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2

(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)

Wang EPF boleh dapat dalam seminggu jika semua dokumen lengkap diisi dan dihantar.

 

2. Mark up Pinjaman

Salah satu cara adalah dengan mark up loan supaya 10% deposit dapat di masukkan sekali dalam pinjaman rumah anda. Saya tidak menggalakkan cara ini kerana ianya akan menaikkan kadar bayaran bulanan anda. Kecuali anda tiada wang tunai untuk bayaran deposit dan EPF tidak mencukupi atau tiada EPF.

Kebiasannya, anda boleh bertanya dengan sales person tentang mark up pinjaman ini.

 

Beli Rumah Tanpa Deposit

Beli Rumah Tanpa Deposit

3. Beli rumah underconstruction

Biasanya rumah yang masih dalam proses pembangunan (under construction) banyak memberikan insentif diskaun seperti early bird diskaun, bumi diskaun dan sebagainya. Dengan adanya diskaun-diskaun ini, anda tidak perlu mengeluarkan 10% deposit. Cukup sekadar duit booking yang biasanya dari RM1000-RM5000. Dan kadang-kadang dengan adanya rebat dan diskaun ini mungkin anda akan dapat cash tapi ianya bergantung pada developer.

 

Harap perkongsian ini dapat memberikan sedikit maklumat untuk anda yang masih mencari rumah pertama anda.

 

Kongsikan jika ianya bermanfaat. Terima Kasih.

About the author

MrZamri

42 comments
Alongxp - December 9, 2014

yang nombor 2 tu biasa dengar, ramai kawan-kawan yang beli rumah buat macam tu…

Reply
MrZamri - December 12, 2014

Biasanya no 2 tu popular jugak. Cara yang pertama tu ramai yang tak tahu. Biasanya sales person akan bgtau tapi depends la…

Reply
    Noorintan. - December 25, 2015

    Klu nak beli ruma ke dua..ble tak keluarkn kwsp?

    Reply
      Noorintan. - December 25, 2015

      Klu tak silap sy..perlu SAP dari peguam bru ble pohon epf..tuan..klu nak SAp bkn ka perlu byr duit diposit dlu…

      Reply
        MrZamri - January 5, 2016

        Ye betul. Peguan akan siapkan SnP once kita dah deposit dan approve loan. Barulah kita boleh apply utk keluarkan EPF. Tapi kebiasaannya, ada jugak rumah tak perlukan deposit,just letak booking fee Rm1000-5000 bergantung pada developer.

        Reply
      MrZamri - January 5, 2016

      Setahu saya rumah pertama je.Cuba rujuk website KWSP

      Reply
Mohd faizal bin ramli - April 12, 2015

Area kulai xde ke?

Reply
    MrZamri - April 17, 2015

    Tak sure. Cuba check laman wev property search. kadang2 laman web ni provide semua info ni.

    Reply
angah - December 22, 2015

Rasanya duit EPF dalam akaun 2 tu kalau nak di keluar kan kena ada S&P dulu kan..

Reply
    MrZamri - December 22, 2015

    Yep betul. Kena ada SnP. Photostat muka depan dan mukasurat 1st kalau tak silap.

    Reply
Ain - March 5, 2016

Boleh x kita beli rumah tanpa dokumen penyata kwsp..? Dan x nak mengeluarkan duit kwsp tu…means nak bayar cash lah

Reply
    MrZamri - March 10, 2016

    Boleh. Itu pilihan kita. Either nak guna KWSP atau tidak repulang pada individu yang nak beli rumah

    Reply
Ain - March 5, 2016

Nak bayar deposit dalam 20/30% dan selebihnya nak buat loan

Reply
    MrZamri - March 10, 2016

    Bagus bayar deposit tinggi, sebab monthly payment akan kurang. Tapi better buat calculation betul-betul. Kira berapa kita mampu untuk bayar bulanan sebab kalau kita mampu tak payah letak deposit banyak so deposit tu kita boleh invest utk rumah lain kalau berminat untuk invest in property

    Reply
Cyah - June 22, 2016

Salam En Zamri..sy nk tnya psal pengeluaran epf tuk ubahsuai rmh..harapkn tunai mmg xda la..tlong komen..Terima kasih

Reply
    MrZamri - June 22, 2016

    Keluar EPF untuk ubahsuai rumah takde rasanya. Tapi kalau nak buat mungkin boleh dengan keluarkan untuk bayar rumah secara bulanan tapi duit yg dapat tu buat saving untuk ubahsuai. Boleh rujuk KWSP untuk pengeluaran bayaran bulanan rumah.

    Reply
karti - July 7, 2016

Saya 24 tahun…gaji saya 1500 je sebulan… saya tiada apa apa commitment… boleh tak saya beli rumah tanpa deposit…?
Kalau beli rumah dari property agent dalam 150000 boleh tak saya beli tanpa deposit dan buat mark up pinjaman tu ?

Reply
    MrZamri - July 10, 2016

    Boleh. Bincang dengan agent. Semuanya bergantung pada bank dan kesihatan finance anda.

    Reply
      lorina lim - August 21, 2016

      sir…sy lorina apa maksud kesihatan finances

      Reply
        MrZamri - September 2, 2016

        financial health. Maksudnya adakah anda punya expenses terkawal, loan dibayar ikut due date. Penting sebab bank nak mereka yang ada disiplin dalam bayaran balik supaya senang mereka nak bagi loan.

        Reply
kindaichi - August 17, 2016

saya 27 tahun..sy nak beli rumah baru tapi xde deposit..sy xde apa2 hutang bank dan komitmen.Kalau beli rumah harga 330k boleh x lulus tanpa buat mark up pinjaman..?

Reply
    MrZamri - September 2, 2016

    Kena check dengan bank officer. Kalau boleh yang buat sales. Biasanya kalau takde komitmen apa2 boleh lepas. Sometime bank nak tengok jika anda ada kredit kad atau loan lain macam kereta sebab nak tengok financial management anda macam mana.

    Reply
      Jout - November 27, 2016

      Askum encik. Klu nk beli rumah kena Lulus payslip dl kan layak ke x. Lpas tu Baru boleh kan pada yg no 2 tu.

      Reply
        MrZamri - November 30, 2016

        Waalaikumussalam.
        Saya tak faham soalan.

        Sebelum beli rumah check dulu CCRIS, CTOS, dan kelayakan kita brp tinggi harga rumah yg kita boleh beli
        Kemudian, buat calculation brp banyak yang anda sanggup bayar bulan. Ambil kira maintenance ape semua roughly.

        Semoga inaya membantu

        Reply
zaidi - August 29, 2016

saya ada EPF akaun2 72k….saya nak beli rumah sub-sale berharga 70k.. boleh tak saya gunakan semua duit akaun2 saya tu untuk beli rumah secara tunai..bagaimana caranya , boleh tuan senraikan secara ringkas tak cara2nya
TQVM

Reply
rita - September 24, 2016

Umur husband saya 43 tahun, kerja government, boleh buat loan selama 30 tahun @ sekadar 27 tahun sebab 43+27=70 tahun.. Saya confused ada yg kata sampai 70 @ 90 tahun..

Reply
    MrZamri - October 20, 2016

    tengok pada bank.. ada klaus bank dia tulis sampai maksimum umur 70 tahun. So, kalau husband umur 43, boleh buat loan sampai 27 tahun sahaja.

    Reply
izan - October 16, 2016

as salam.. mcm mna nk cari umah under construction yer.. tq

Reply
    MrZamri - October 20, 2016

    nak cari rumah under construction, means new property ada beberapa cara
    1. selalu join event property, kat situ banyak developer akan war2kan projek baru diorg
    2. cari website property search engine macam iproperty, propertyguru. Subscribe newsletter. website ni akan hantar new update tentang new property jika ada.
    3. Cari website company developer dan subscribe newsletter
    4. Join forum sperti lowyat.net, carigold – cari bahagian new property.

    Banyak lagi cara, tapi memadai yg atas ni jek dah cukup. Harap ianya membantu

    Reply
Nazri - October 24, 2016

Salam Mr Zamri, kawan saya nak bayar deposit beli rumah, tapi EPF tak cukup. Boleh ke saya guna EPF saya untuk support deposit pembelian rumah kawan saya tadi?

Reply
    MrZamri - October 25, 2016

    Nak keluar EPF kena ada S&P, kalau nama tuan Nazri ada dalam S&P tu boleh la keluarkan.
    Kalau takde, tak boleh rasanya.

    Reply
Nazri - October 24, 2016

Salam Mr Zamri, ada cara tak untuk pindahkan funds dalam accs 2 saya ke dalam accs 2 orang lain? means transfer between 2 kwsp accs. Thanks

Reply
    MrZamri - October 25, 2016

    Rasanya takde function tu. Cuba check KWSP branch berdekatan

    Reply
esmat - November 7, 2016

Assalamualaikum, sy bekerja sebagai tentera dan ingin membeli rumah bangle kepunyaan keluarga…boleh kah bagi saya cadangan untuk membuat loan pembelian rumah dengan bank..

Reply
    MrZamri - November 23, 2016

    Saya cadangkan tuan guna syariah loan. cuma tuan perlu pilih samada loan jenis flexi atau fix.
    kemudian bank mana yang tuan senang untuk berurusan. selebihnya banyak pada documentation. yg ni kena jumpa terus salesperson bank

    Reply
cik bunga - November 22, 2016

Salam mr zamri . Sy baru 21tahun . Saya ada beberapa soalan nk tnya . Terima kasih kalau sudi jawab .
-epf tk byk , deposit takda , boleh tak guna acc kwsp 2 yg kawan sy pnya ?
-kalau loan tak lepas, boleh tak join buat loan dgn mak or ayah ?
-ada komitmen bayar kereta rm340 . Due byar tk pernah lewat . Basic gaji 1500 , agak2 loan lepas tk ?

Reply
    MrZamri - November 23, 2016

    – tak boleh guna kawan punya epf.
    – boleh join dengan mak atau ayah
    – yang ni bergantung pada bank punya debt ratio. kena rujuk bank.

    harap menjawab soalan.

    Reply
ems - December 16, 2016

Hello…Sy nak tanya…pasal org yang nak beli rumah.Pembeli tak nak bayar deposit 10% sebab nak bayar full loan dengan bank bila beli rumah tu.

Dapat ke mereka tak nak bayar 10% tu before SnP?
and,semua kos ditanggung oleh pembeli sepenuh nya ke?

Reply
    MrZamri - December 20, 2016

    Biasanya, kalau kita pakai agent, memang ada deposit yg diminta untuk buktikan yang pembeli serius untuk beli.
    Deposit yang diminta biasanya dari 3-10% bergantung pada perbincangan antara pembeli dan owner.

    Jika owner minta 10% deposit dan pembeli tak setuju, jual beli takkan berlaku sebab takde persetujuan.
    Persetujuan 2 pihak perlu ada.
    Kos lawyer, agent akan ditanggung oleh owner. Selainnye, pembeli.
    Harap menjawab soalan.

    Reply
RAMLAH BINTI ISMAIL - June 16, 2017

Salam,
Saya hendak menggunakan simpanan KWSP, bagi ubahsuai rmh. Apakah syarat2 yang betul dan boleh kan pengeluaran ini dilakukan.Sila beri maklumat kepada saya.Terima kasih

Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge