Bonus raya
Yahoo untuk pegawai kerajaan kerana PM Najib bermurah hati untuk bagi duit raya. Sorry la untuk swasta, ” not for you” tapi kalau salah sorang dari ahli keluarga adalah gomen, jadi boleh lah minta diorang belanja.
Berita lanjut boleh la baca kat sini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk memberikan bonus kepada kakitangan awam dan pembayaran akan dilakukan oleh kerajaan sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.
Sumber-sumber kerajaan memberitahu Malaysia-instinct, Perdana Menteri telah menyatakan persetujuannya agar bonus tersebut dibayar dan urusan pembayaran akan disegerakan untuk meringankan beban kakitangan yang terlibat.
So, bersyukur lah kepada Allah sebab Kerajaan still ingat korang. Tanggungjawab kerajaan untuk menjaga amanah yang telah kita berikan. Jangan dok belanja benda yang bukan-bukan, untuk personal thingy sudah la.
Satu soalan cepu emas. Untuk yang bekerja swasta, kebanyakan penyumbang cukai negara, apa habuan diorang pulak? Kalau jawab keamanan negara, itu tanggungjawab kerajaan. So, ada jawapan? Kasi tinggal, boleh bincang.










hoho..tahniah kepada yang dapat. Yang tak dapat, kerja lagi kuat.
Yup…kuatkan kerja… mana tau ader bonus plak tahun depan
wah syoknya kerja gomen…dapat duit raya… huhu
Tu ler syoknya… sib baik org rumah gomen..leh gak merasa bonus gomen..hehehe
kalau pegawai kerajaan diberikan bonus atau duit raya, secara sedar atau tidak, barang2 akan naik harga
hmm.. betul gak .. secara relatice plak peniaga ni… kasi bonus = harga barang naik… hmmm tak patut… tempias semua kena…
Masa gomen announce bonus RM500 jeles jugak tapi nak dekat-dekat 7 hari lagi Hari Posa company aku annouce 0.5 okerler
Alhamdulillah… dapat la juga… dari tak dapek langsung….