Sebenarnya masih lagi excited dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami. Puteri sulung kami bernama Irdina Mawaddah lahir pada 18 Jan 2010 10 hari selepas hari lahir aku. Jadi, hadiah hari jadi aku dari wife aku yang tercinta la ni. Cuma kena letak reben jer… hehehe… Nanti aku cerita lebih detail la perjalanan lahirnya seorang puteri yang comel. Korang boleh tengok gambar kat sidebar blog ni.
Berbalik dengan tajuk OD interest. Sebenarnya aku terjumpa info dari Bebas-hutang punya blog (terima kasih tuan punya blog). Jadi aku rasa info ni bagus terima musim-musim orang tengah hangat nak pergunakan OD ni untuk BEBAS KEWANGAN.
Baby girl selamat lahir pada 18 january 2010, jam 1.03 tengahari dengan berat 2.7 Kg. Alhamdulillah, Ibu dan anak sihat walafiat…
Plan untuk ambik Loan ASB. Tapi sebelum tu kena ada sedikit calculation untuk tengok samada ianya berbaloi atau tidak. Nanti aku come out dengan calculation dan analisis… InsyaALLah…
Standby skang nih… tunggu masa jer wife aku nak deliver… Plan deliver kat Hospital Pantai Ampang… pakai Company nyer panel jer sebab ader cover..
Assalamualaikum. Takde apa yang penting tahun baru cuma bertambah la tahun dan bertanbah lah umur masing-masing. Yang 10 jadi 11, yang 30 jadi 31 dan seterusnya. Makain lama bertambah umur kita, bagaimana dengan amalan kita, harap-harap bertambah juga la. Harapan tahun, aku nak fokus dalam semua bidang yang aku nak ceburi. Sebab sebelum ni, aku tak pernah fokus dan selalu buat sikit sana, sikit sini, akhirnya tinggal macam tu je. So, anyway sempena 2010 ni aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU dan semoga bertambah lah amalan kita sempena bertambahnya umur kita. Biar balance duniawi dan ukhrawi.. insyaAllah.

Semakan pemempatan KPLI telah keluar pada minggu lepas dan semua pelajar KPLI termasuklah “Wife” aku pun sibuk nak tahu posting masing-masing. Unfortunately, website yang sepatutnya memaparkan kepututsan penmepatan KPLI tak berfungsi dengan baik, malahan down sepanjang kami cuba untuk check. Memang “frustrated” dengan website yang dibangunkan. Confirmed, sudah berapa banyak wang rakyat digunakan untuk membangunkan laman web ni, tapi tak digunakan dengan sebaik mungkin.
Akhir sekali, wife dapat call dari kawan2, suruh check kat Pejabat KPM. Dan pagi esoknya kami bergegas ke sana.
Semalam PUNB telah mengumumkan ASB dividen dimana sebanyak lebih kurang 6 juta pelabur ASB akan menikmati pendapatan 7.25 sen dan bonus 1.25 sen seunit bagi thn 2009, 31 Disember.
So, tahun ni masih stabil diatas 7 peratus pelabur ASB akan terima. Itulah untung nya kalau menyimpan dalam ASB atleast ada jugak bonus dan dividen akan dapat hujung tahun.
Read more
Result semalam Arsenal menang 2 -1 walaupun pada half game Liverpool dominated games. Memang frust aku.. hehehe.. adat la bole ada kalah ada menang ada jugak yang seri…hahahaha
Malam ni dalam kul 12 malam .. Liverpool my favourite team akan menentang Arsenal….. kira abis dalam kul 2 la ni.. so kalau besok keje memang buntang la bijik mata aku.. Tapi sebab besok bini aku ader checkup …. so ader la excuse aku nak cuti… hehehe… cutie yerr… bukan memonteng…
So apa harapan aku malam nih Liverpool yer game…..
Read more
Yup. Kelas OD. Aku dah register untuk masuk kelas ni organize by En. Tarmizi kat Shah Alam. Masalahnya aku kena bawak Mak dan adik aku ke Klang sebab kawan adik aku kahwin. So terpaksa la aku cancelkan kelas ni.
Cerita pasal kelas OD ni. Sebenarnya aku dah pernah pegi Seminar Aziz CFP.. kat Putrajaya. Korang tau ke OD tu ape? Ha.. citer sikit la ya ilmu yang aku ada.. aku timba dari seminar tu dan campur aku baca dari blog/website/forum yang ader bincang pasal ni. OD ni shortform untuk overdraft. Apa kena mengena Overdraft ni dgn hidup aku. Nak jadi citer le ni, aku sebenarnya cari alternatif untuk langsai hutang kredit kad aku yg bagi aku banyak la walaupun aku still boleh manage tapi interest dia agak tinggi.. 18% sethn. So, selain dari cara pinjam loan dan bayar habis kredit kad… aku terjumpa la pasal OD dan ASB. Yg man OD dan ASB bergantung antara satu sama lain. Ada la teknik dia camne bergantung pada kreativiti masing2.
Read more
Hari nih aku and wife rancang nak pegi MAPEX (Ekspo porperty). Saja nak berjalan sambil nak ambil tahu pasal property kat kawasan kitorang. Lagipun memang ada rancangan nak beli rumah cuma nak tunggu wife aku nyer posting. Tah bila la posting tahu kat mana…janji 20 hb tapi sampai sekarang tak tahu-tahu lagi. Memang tak efisien langsung… nak daftar 1 hb Dec… aduiii.. nilah jabatan kerajaan…. kalau swasta dh lama kena terminat contract…. hishhh….
Sabtu.
Hari ni aku cuti. Tapi pagi-pagi dah kena keluar sebab kena hantar Wife aku ader kelas. Sekarang nih dia dalam KPLI lagi… tinggal KISSM je.. (kursus induksi… but wife aku slalu cakap “kisem” so aku tulis la KISSM)…. Last kursus nih 25 NOv. so tinggal lagi 11 hari lagi nak abis. Then, wife aku merdeka la.