Pusingan kedua 16 – World Cup

fifa world cup 2010Setelah selama beberapa minggu mengharungi pusingan pertama dalam”Group Stage”, kini kita telah tahu 16 pasukan yang telah layak ke pusingan seterusnya – iaitu pusingan kalah mati. Bukan bermakna kalah, pasukan tu kena beratur kena tembak, tapi pasukan yang mana kalah bolehlah bersiap-siap untuk balik ke negara masing-masing.

Mana-mana pasukan pilihan yang digembar-gemburkan akan layak ke pusingan seterusnya telah pun bungkus beg dan balik ke negara masing-masing. Perancis dan Itali yang dikatakan akan memberikan saingan sengit untuk merebut Piala Dunia pulang awal disebabkan masalah dalaman masing-masing.

Berikut merupakan pasukan yang layak ke pusingan ke dua kalah mati (Round of 16) termasuk 2 keputusan malam kelmarin dimana salah satu pasukan “favourite” aku tewas di tangan Uruguay 1-2 walaupun memberikan permainan yang baik. Begitu juga Ghana, dimana layak ke pusingan seterusnya mengalahkan pasukan yang memang aku tak sokong, USA (padan muka kalah…hehehe) 2-1.

Round16-World-Cup-2010

Malam ni, perlawanan yang aku tunggu, Germany vs England. Walaupun aku tak sokong tapi aku nak tengok sejauh mana pasukan England ni dapat pergi sebab dari awal lagi ramai orang katakan tahun ini England akan menang Piala Dunia. Tapi pada aku, dari pemerhatian aku dipusingan awal, England mungkin bermasalah dengan stage seterusnya, terutama bertemu German yang pada aku menyerlahkan permainan yang agak aggresif dan dibarisi pemain muda yang kreativitnya agak “Excellent”. Jadi, tunggu malam ni macam mana Capello akan tukar taktikal permainan mereka samada bertahan, menyerang atau “balance” taktik.

Pasukan pilihan aku, Chile dan Japan (kira agak underdog la… ) sudah layak ke pusingan ke dua. Masalah besar Chile bertemu bekas Piala Dunia lepas – Brazil. Jadi aku harap Chile dapat memberikan persembahan terbaik mana tau dapat beri “upset” dalam Piala Dunia kali ni. Japan pulak bertemu Paraguay dan aku rasa Japan sekarang bermain dengan baik kerana menggunakan taktik menyerang pantas atau “counterattack” yang mana berhasil setakat ni.

Malam ni kita akan saksikan Germany vs England pada pukul 10.00 malam dan selepas itu Argentina vs Mexico pada pukul 2.30, salah satu “hot match” dalam Piala Dunia kali ni.

P.s – Tahun ni banyak pasukan dari Amerika Selatan layak ke pusingan 16. Nampaknya, makin laku la pemain dari Amerika Selatan ni.

England tewas 1-4 dengan Germany. Memang dah ku sangkakan…hahahaha… Germany bermain “better” dari England. So, satu lagi pasukan ramalan terkeluar. Selamat tinggal England, bolehlah korang tumpukan pada Liga korang je da..

5 Responses to Pusingan kedua 16 – World Cup

  1. obviously, tak minat bola

  2. donnyien says:

    Salam Zam,
    Itali dan France dah retired awal,siapa pula juara kali ni ye?agak2 aku Argentina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins