• Home  / 
  • Hiburan
  •  /  Citibank- Pinjaman Rumah, Kereta dan Peribadi dalam satu akaun

Nak Join Online Business bermentor? Klik sini »

Citibank- Pinjaman Rumah, Kereta dan Peribadi dalam satu akaun

Pernah ke korang terfikir semua pinjaman anda dalam satu akaun? Pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan pinjaman peribadi semuanya duduk dalam satu akaun. Fuh, memang senangkan. Dalam satu akaun, sekali bayar, kadar faedah dan jangkamasa yang sama.

Citibank ada mengeluarkan servis ini dimana korang boleh menggabungkan semua pinjaman anda dalam satu akaun, dengan kadar faedah yang sama dan jangkamasa yang sama.

Mungkin kita boleh buat kira-kira sebelum berfikir untuk satukan semua pinjaman dari segi penjimatan, jangka masa dan kadar faedah. Nampak menarik sebab ko boleh uruskan semua dalam satu akaun dan bayaran bulanan nampak lebih rendah dengan kadar faedah yang agak ok.

Cuba tengok jadual dibawah. Mungkin korang faham.

3 akaun berbeza

Jadual ini menunjukkan 3 akaun yang berbeza dimana bayaran bulanan mengikut akaun masing-masing dengan kadar faedah dan jangka masa berbeza.

consolidated account

Jadual ini menunjukkan akaun jadual pertama yang telah disatukan dengan kaedah faedah yang sama dan jangkamasa yang sama. Memang nampak jelas bayaran bulanan berkurangan.

Screen shot 2011-07-27 at 10.20

Jadual atas ni tunjukkan kesimpulan dari penggabungan semua pinjaman.

Aku rasa agak jimat jugak la terutama yang fokus kepada cashflow. Tapi terpulang kepada korang. Kalau rasa ianya menjimatkan, apasalahnya. Cuma bila aku check website Citibank aku tak jumpa pulak maklumat pinjaman ni. Mungkin korang kena call Citibank untuk tahu lebih lanjut lagi.

Sumber : Paultan

About the author

MrZamri

4 comments
titan - August 27, 2011

hoho..bijak gak citibank buat camni..mesti ramai client nanti..

Reply
    MrZamri - August 27, 2011

    tuler… citibank ni kadang2 offer produk yg bagus gak.. tp tgk keperluan dan benefit kalau nak subsrcibe nih…

    Reply
Khubaib Ramli - March 15, 2013

Nak mohon pinjaman peribadi

Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge