Doakan MH370

By MrZamri / March 12, 2014

Salam semua. Masih terkejut dan tertanya dengan cerita kehilangan MH370. Simpati saya pada keluarga mangsa dan saya tahu tak tertanggung rasanya beban kesedihan yang dialami oleh keluarga mangsa. Saya berdoa kepada Allah semoga keluarga ini diberikan ketabahan dan keimanan dalam menghadapi musibah ini.

MH370

Doa Kami untuk MH370

Pencarian MH370 masih lagi berjalan dan telah masuk hari ke 5. Bermacam-macam teori keluar dalam masa 5 hari ini. Ada yang mengatakan MH370 dah terhempas, ada yang kata mendarat di Nanning, China, ada yang kata pusing balik ke Malaysia dan ada juga kata dirampas oleh pengganas.

Walau apa pun ceritanya, kita doakan keselamatan MH370 dan penumpang. Semoga mereka dijumpa dan selamat pulang.

#pray4mh370 #mh370

About the author

MrZamri

Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge