Enam sifat buruk wanita

By MrZamri / April 11, 2010

SEORANG penceramah wanita di tv tadi menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.

[ad#nufnangsinpost]
  1. Al Nananah – wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
  2. Al Manah – wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
  3. Al Manaqah – wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah bersuami yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).
  4. Al Hudaqah – wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.
  5. Al Basaqah – wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
  6. Al Salaqah – wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Semoga kita tidak akan ditemukan dijodoh ataupun mendapat menantu dengan wanita yang memiliki sifat-sifat demikian. Walahu’alam.

About the author

MrZamri

20 comments
zik - April 12, 2010

Erm semoga dijauhkan … peringatan yang bagus untuk diri sendiri..mengingatkan kepada kaum hawa..jangan jadi seperti sifat2 yang tidak elok ini.

Reply
zamrinn - April 12, 2010

insyaAllah..satu tips bagus untuk yang baru menjadi jodoh…hehe

Reply
Loq - April 12, 2010

Mintak dijauhkan la dengan wanita jenis macam tu

Reply
    Anonymous - April 13, 2010

    InsyaAllah..banyakkan doa masa mencari jodoh….

    Reply
fatint - April 14, 2010

harap2 tak jadi seperti sifat2 diatas..
senang je jadi wanita ni..
paling mudah nak masuk syurga dan paling mudah jugak nak masuk neraka..

kena pandai jaga diri sendirilah ”,

Reply
    Anonymous - April 15, 2010

    Ini bukan untuk perempuan jer… lelaki pun kene gak tgk dan belajar….heheh

    Reply
rashid - April 14, 2010

Mengharap sangat tak dapat kat aku…bagi yang secocok luar dan dalam dengan aku…aminn

Reply
    Anonymous - April 15, 2010

    InsyaAllah… Amin … semoga En Rashid dapat apa yg dihajatkan…

    Reply
titan - April 15, 2010

hemm..perempuan..perempuan..

Reply
    Anonymous - April 15, 2010

    hehehe… perempuan jugak buat anda menangis… hehehe

    Reply
imran - April 16, 2010

Semoga isteri/anak/saudara/rakan anda dijauhkan dari sifat-sifat yang disebutkan diatas. Ada juga yang mengatakan sifat buruk wanita ini seperti haiwan : anjing, babi dan sebagainya.

Reply
    Anonymous - April 16, 2010

    Wallahualam.. semoga di jauhkan…

    Reply
kerja kosong - April 24, 2010

Hai para perempuan, jauhkanlah dirimu dari sifat2x buruk ni..

Reply
    MrZamri - April 26, 2010

    Jgn pula lelaki pun kena jugak..bukan perempuan jer..hehehe

    Reply
botak - June 9, 2010

Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah beristeri yang…
kat nombor4 tu..
salah taip kot..

Reply
suri cahaya cinta - June 9, 2010

salam tuna rumah..
pengisina yang baik..
sentiasa beringat2 selalu…

Reply
    MrZamri - June 20, 2010

    insyaAllah… sama2 beringat

    Reply
4 Golongan lelaki ke neraka .. nauzubillah « Mr Zam Blog - October 16, 2010

[…] ni, blog ni ada “post”kan pasal sifat buruk wanita. Kali ini, aku terjumpa satu artikel mengenai 4 golongan lelaki ke neraka. Sama-samalah kita […]

Reply
ermi - January 26, 2011

SMOGE DRI INI SNTIASE BERINGAT LANTAS MNJAUHI PERBUATAN2X YG MMBRI KESUSAHAN KPD MY FUTURE HUSBAND. AMIN…..

Reply
    MrZamri - January 29, 2011

    amin. sama2 kita berdoa

    Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge