Nak Join Online Business bermentor? Klik sini »

Facebook – Untuk bersosial sahaja? – Bahagian 2

By MrZamri / December 10, 2015

Pemasaran dengan Facebook sememangnya menjadi semakin popular dan anda dapat saksikan betapa banyaknya iklan-iklan dalam bahasa melayu terpapar di Facebook samada di ruang “newsfeed” ataupun di kanan “sidebar.

Jika anda belum membaca Bahagian pertama, sila ke sini – Pemasaran Internet

Bahagian pertama telah menceritakan pontensi FB didalam pemasaran internet dimana statistik menunjukkan jumlah pengguna FB semakin meninggkat terutamanya di Malaysia. Malahan, jumlah penggunaan Telefon Pintar menggalakkan lagi peningkatan ini.

bisnes-online-dengan-fb

 

Dan semakin ramai pengguna FB telah mengambil kesempatan ini untuk memasarkan produk-produk mereka tidak kira dari sekecil-kecil perniaagan sehingga syarikat terkemuka. Mereka menyedari bahawa FB merupakan medium terbaik untuk memasarkan produk-produk mereka dengan lebih tepat pada golongan sasaran dan lokasi geografi yang lebih spesifik.

Pemasaran dengan Facebook Ads

  1. Facebook Ads merupakan tools untuk kita mencipta iklan dengan gabungan ayat-ayat yang menarik disamping gambar yang merangsang psikiologi pengguna FB.
  2. Boleh mengiklankan samada post personal ataupun fan page – Lebih professional jika di bina satu Fan Page untuk sesuatu produk.
  3. Pembinaan Fan Page Cover adalah amat penting untuk memberikan maklumat awal tentang Fan Page kita – apa yang kita jual, siapakah kita dan tidak terlalu padat dengan maklumat.
  4. Sentiasa aktif di Fan Page supaya “engagement” dengan pengguna FB tidak terputus dan ianya akan sentiasa “viral”.
  5. Post update tidak semestinya sentiasa mengenai produk, malahan kita boleh update tentang tips, kebaikan produk, testimoni dan sebagainya.
  6. Nisbah post produk adalah 2:8 selang setiap 1 jam – 2 tentang produk dan 8 samada tips atau post yang berkaitan tentang niche Fan Page.
  7. Gunakan kelebihan post berjadual supaya post kita akan diupdate secara automatik.
  8. Setiap post, maksimumkan kepada 4 perenggan dan sertakan “Call to Action” seperti “komen saya nak” atau “sms ke nombor berikut”
  9. Gunakan ayat-ayat yang menarik, tawarkan pakej yang sukar ditolak supaya pengguna akan rasa rugi jika tidak ambil tindakan untuk membeli dengan segera.
  10. Jika menggunakan gambar, pastikan gambar kita adalah unik contohnya, jika terdapat banyak gambar yang menggunakan petak warna merah, anda gunakan warna selain merah dan sebagainya.

Ini adalah sebahagian tips yang saya dapat semasa menghadiri bengkel STP. Dan sememangnya terlalu banyak tips yang di kongsikan didalam bengkel tersebut.

Segala tips dan pengalaman telah pun di rakam dan di pakejkan didalam DVD Bengkel STP.

Maaf, DVD STP ini tidak dijual lagi.

Tetapi jika anda mencari ilmu Facebook anda boleh dapatkan disini. Ianya langkah demi langkah bagaimana mula bisnes di sosial media Facebook dalam bentuk video.

About the author

MrZamri

Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge