Nak Join Online Business bermentor? Klik sini »

Facebook – Untuk bersosial sahaja?

By MrZamri / October 20, 2012

Siapa yang tak kenal Facebook? Saya rasa kebanyakan kita mempunyai Facebook. Setiap masa bersama Facebook. Tak kira siang, malam, di pejabat atau di rumah, pasti kita akan membuka Facebook samada untuk baca “post” atau “update” Facebook.

Setiap orang pasti mempunyai tujuan masing-masing untuk mempunyai Facebook. Ada yang mengikut kawan. Sebab awan ada Facebook, dia pun inginkan Facebook. Ada yang ingin mencari kawan yang dah lama terputus hubungan, ada yang ingin bermain “Games” dalam Facebook dan bermacam-macam tujuan lagi.

Apa yang ingin saya fokuskan disini adalah selain dari tujuan-tujuan diatas, tahukan anda bahawa Facebook juga boleh membantu kita untuk meluaskan lagi perniagaan. Bagaimana ya?

Personal Facebook 

1. Jika anda mempunyai Facebook, sudah tentu anda akan mempunyai ramai “Friends”. Dari sini, jika anda ingin menjual barangan/produk anda, anda hanya perlu “update status wall” anda. Jadi, jika “Friends” anda ada 300 orang, semuanaya akan terlihat “post” anda dan kemungkinan besar mereka akan berminat untuk membelinya.

2. Personal Facebook mempunyai “limitation” dimana jumlah maksimum “Friends” adalah 5000 sahaja.

 

Facebook Page (Timelines)

1. Facebook ada menyediakan ruang untuk organisasi/perniagaan/artis/komuniti dan sebagainya. Ianya dinamakan Facebook Page.

 

2. Biasanya Facebook Page adalah lebih kepada komersial dimana sesebuah organisasi, artis, komuniti dan peniaga. Ianya lebih berbentuk professional.

3. Namun untuk Facebook Page anda perlukan “Likes” supaya ianya dapat di pasarkan didalam komuniti Facebook Personal. Lagi banyak jumlah Likes, lagi banyak peluang anda untuk menembusi pasaran didalam Facebook.

4. Terdapat statistik dimana memudahkan anda untuk menganalisis data yang diperolehi.

5. Semestinya anda perlu memasarkan Facebook Page dengan menghantar “invitation” kepada “Friends” anda dan juga dengan menggunakan servis Facebook sediakan iaitu Facebook Ads.

 

Cuba lihat Infogram statistik Facebook dibawah. Cuba anda bayangkan jika anda dapat hanya 0.01% dari jumlah pengguna Facebook jika pasaran anda adalah dunia?

Bagaimana pula statistik di Malaysia? Dan bagaimana anda dapat hanya 0.01% dari jumlah pengguna di Malaysia jika pasaran perniagaan anda adalah di Malaysia?

Credit: SocialBakers

9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Jadi, fikir-fikirkan dan selamat beramal. 🙂

 

About the author

MrZamri

2 comments
beckhr00y - October 21, 2012

facebook ni banyak kegunaannya selain sosial

Reply
    MrZamri - October 21, 2012

    betul tu.. so kita kena banyak explore.. sambil sosial sambil buat duit.. mana tau…

    Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge