Nak Join Online Business bermentor? Klik sini »

Kelas Adwords Hari Ahad – a4b

adwords for business - a4b

Nak cerita sikit tentang satu kelas yang aku datang pada hari Ahad (9 Nov 2014), kira hari nilah semasa artikel ni ditulis. Ulasan aku pasal kelas a4b dari Mohd Reza Mohyin (Boy) atau Mohd Bersahaje (fb).

Sebelum tu pengenalan sikit kepada Adwords for Business atau a4b ringkasannya.

a4b adalah merupakan satu siri pengalaman Mohd Reza atau Boy (nama manja :P) sepanjang dia menggunakan Adwords untuk memasarkan produk fizikalnya. Hasil dari pengalaman itu, maka wujudlah a4b. Aku pun tak tau berapa banyak dah jualan yang dibuat mamat nih. Kalau ikutkan dari cerita semasa dalam kelas riban jugak sales dia. Mantops!

Apa yang aku belajar dari kelas a4b ni?

General-Diagram-Flow-A4B

Diagram a4b

 

a. Sales Funnel

Aku dah tahu pasal Sales Funnel nih, tapi tak berapa nak apply. Sebab? aku pun tak tahu. Tapi, setelah diberi penjelasan dari Boy tadi. Baru aku nampak betapa pentingnya Sales Funnel ni. Sebab untuk dapat satu customer punyalah susah. Dah dapat close sales, kita biar je customer tu tanpa upsale produk lain yang ada??? Kan rugi namanya. Hari nih plan pertama, aku kena plan Sales Funnel aku.

a4b - Lifetime Value

a4b – Lifetime Value

 

b. LTV – Life Time Value

Benda aku selalu dengar tapi aku kadang-kadang tak ambil pusing pasal LTV ni. Hari nih, boy terangkan dengan sangat-sangat terang dan hingga menusuk ke dalam otak aku. Baru aku tahu macam mana nak kira LTV. Penting ke LTV nih? SANGAT penting! Dari situ, kita akan tahu berapa value customer kita dan ianya akan menentukan cost marketing kita nanti.

 

c. Parameter Penting Dalam Adwords

Penting sebab kita nak cari kebocoran diantara jalan dari iklan yang dipaparkan di Google hingga ke Website kita hinggalah sampai ke close sales. Sangat penting sebab dari situ kita akan cuba selidik apa masalah dan kita akan fix mengikut keadaan. Susah nak cerita sini. Tengok diagram atas.

 

4. Google Search dan Google Display Network

Google search aku dah familiar tapi ada perasa yang si Boy nih bagi terutamanya masukkan nombor dalam ayat iklan. Yang ini aku dah tahu tapi tak pernah praktik. So, lepas nih aku akan praktikkan dalam semua iklan aku nanti. Google Display Network (GDN) agak baru bagi aku. Aku pernah cuba dulu tapi tak tahu apa hasil dia sebab aku campurkan ad group GDN dengan GS dalam satu ads. So aku tak boleh nak track apa conversion GDN ni. Jadi lepas ni, aku akan buat according to Boy punya a4b.

 

5. Customer Avatar

Penting. Mana-mana kelas marketing kalau korang pergi mesti titik beratkan Customer Avatar. Kenal pelanggan anda baru tahu isi hati diorang… eceh. Dari contoh-contoh customer avatar ini, kita akan create sales page kita.

 

6. Kira-kira

Segala kos yang berkaitan semasa anda berbisnes, kena catit dan buat kira-kira. Penting untuk perkembangan bisnes anda. Dari sini anda akan tahu berapa kos marketing anda, berapa gaji pekerja kalau ada dan sebagainya. Penting! Asingkan personal dan bisnes punya kira-kira.

 

 

a4b - Contoh Flow Adwords

a4b – Contoh Flow Adwords

 

Apa pendapat aku tentang a4b?

Sangat padat. Mungkin boleh dibuat 2 hari. Aku gatal minta 1 hari. Lagipun kalau 2 hari mungkin susah sikit bagi yang bekeluarga atau yang duduk jauh.

Cara penyampaian bersahaje (kenalah nama FB mama nih :P). Aku suka. Siap share pengalaman memang satu yang sangat bernilai.

Mungkin part pagi, macam motivasi tu boleh dipendekkan. Boleh terus jump ke teori a4b tu sendiri.

 

Jadi, aku sangat-sangat rekomen sesiapa yang nak tambah marketing channel sebab dah power betul dengan Facebook dan dah stabil dengan Facebook Ads. Kalau ada dua-dua marketing tools nih memang tak menang tangan silap-silap.

Yang baru nak mula, SANGAT SANGAT SANGAT di galakkan. Boleh mula tanpa modal atau modal yang minimum kalau nak mula berniaga. Dropshipping program dah berlambak kat Malaysia. Tunggu kita sahaja nak apply dan buat. Buat marketing, dapat customer, customer bayar, kita bayar dropshipper, dropshipper hantar barang. Mudah. Tak payah fikir stok ape bende.

Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke link berikut

 

[+] a4b – Adwords For Business

About the author

MrZamri

4 comments
ikhwan - December 5, 2014

jika ada kesempatan saya pun nak belajar adwords.

Reply
    MrZamri - December 7, 2014

    best jugak belajar adwords. Satu lagik channel marketing yang kita boleh explore selain FB ads. Tapi kena mahir 1-1 la. kalau tidak dua2 kelaut… hehe

    Reply
Hanafi Abdullah - January 4, 2015

adwords guna modal..silap perkiraan boleh rugi sekelip mata

Reply
    MrZamri - January 5, 2015

    InshaAllah kalau betul-betul faham, ada ilmu boleh berikan hasil yang lumayan..

    Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge