Kembali Berblogging!

By MrZamri / May 7, 2012

Alhamdulillah, dapat jugak menulis hari ini. Setelah berbulan-bulan lamanya penyakit hypermalas melanda diri sang pemblogger, akhirnya dapat juga sang blogger menaip dan meluahkan apa yang tersarang di hati selama berapa bulan ini. Setelah menjadi pemerhati dan pembaca setiap status Facebook dan Twitter serta blog-blog terpilih.

Dari mana nak dimulakan? Baiklah. Bermula dari penyakit hypermalas yang melanda. Tak boleh nak salahkan sesiapa pun tapi saya mengaku perlu salahkan diri sendiri sebab tidak dapat melawan nafsu malas yang menguasai minda dan meracau didalam jiwa sehingga blog ini bersawang ke tahap yang tak boleh diterima oleh saya sendiri.

Alasan ke dua – sememangnya dialami oleh semua blogger, kering idea atau terlebih idea. Ini adalah satu penyakit yang perlu diangani dengan sebaik mungkin. Bila mana kita kekeringan idea, apa yang perlu dibuat? Banyakkan membaca blog-blog lain dan semoga dari situ akan tercetus satu idea yang akan membuahkan satu artikel yang dapat di paparkan di blog anda. Jika terlebih idea? Catitkan dulu idea yang sedang mencurah terutama pada yang bekerja pada siangnya dan blogger pada malamnya, senang boleh dibuat rujukan pada waktu malamnya. Maklumlah, bila pulang dari kerja, otak pun sudah letih, nak berfikir pun tak berapa efektif sebab otak dah terlalu letih untuk melayan kerenah kerja waktu siang.

Walaupun saya dah lama tak berblogging namun saya masih memerhati blog-blog saya. Dalam pada masa yang sama, saya berjaya memindahkan beberapa blog ke hosting baru yang mana hosting lama tidak memuaskan hati saya. InsyaAllah saya akan kongsikan bagaimana caranya untuk melakukan pemindahan blog tanpa menganggu konfigurasi blog anda setelah dipindahkan ke hosting baru.

Rasa setakat ini, InsyaAllah saya akan cuba kongsikan seberapa banyak ilmu yang saya perolehi didalam blog ini dan semoga ianya dapat menolong rakan-rakan blog semua.

About the author

MrZamri

Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge