Emas Di Paras harga baru

Pagi ni harga emas mencecah harga baru lagi. Dalam bulan ni, dah berapa kali dah harga emas pecah rekod. Memang dah diduga oleh penganalisis ekonomi dunia. Dimana kesan dari krisis ekonomi yang melanda US, salah satu sebab harga emas beberapa kali memecah kebuntuan.. hehehe

Trend sekarang, semua orang sedang berkejar untuk mendapatkan emas. Dan bagi aku masih belum terlambat untuk mendapatkan emas atau convert semua saving anda kepada medium berbentuk emas. Sebab apa aku kata macam nih, sebab aku percaya harga emas akan naik lebih dari USD 2000. Sekarang harga emas USD1910.10. dan kemungkinan untuk naik ke USD 2000 itu adalah besar.

Convert lah saving anda tak kisah ke gold bar ke atau barang kemas. Soalnya, kalau anda nak pakai cash macamana? Senang, Arrahnu ada, dimana anda perlu cagarkan emas anda dan pihak Arrahnu akan berikan pinjaman sebanyak 60-70% dengan kos upah simpan dari 0.60-0.70 per RM100 sebulan. Setakat nih yang aku tahu ada banyak Arrahnu fasiliti antaranya Bank Rakyat dan AgroBank. Kedua-duanya menerima barang kemas sahaja. Gold bar dah tak diterima disebabkan kes ada orang buat skim dengan gold bar nih. So tinggal barang kemas sahaja yang masih diterima dan ianya takde masalah asalkan ianya adalah emas tulen.

Dibawah nih, aku selitkan satu video selama 90 minit mengenai Krisis ekonomi dan kaitannya dengan emas. Ambik masa anda dan duduk depan laptop atau PC dengan secawan kopi kerana video ini sangat berguna dan akan membuka mata anda tentang ekonomi dunia dan kenaikan emas.

Harga emas setakat nih.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Nak beli emas? Boleh contact aku, aku akan cuba bagi harga yag terbaik untuk korang insyaAllah. Just leave your comment, atau subscribe Mr Zam (kotak atas belah kanan tu..)

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Email
Print