Liverpool Monang 5-0

Sudah sekian lama tak tengok Liverpool main macam ni dan menang besar pulak tu. Dibawah pengurusan baru, Liverpool nampak lebih mencabar dan menghiburkan dengan kehadiran 2 pemain baru, Luis Suarez dan Andy Carrol hasil dari jualan stok lama (hahahah…!), Fernando Torres ke Chelsea $50M.


[ad#nufnangsinpost]

Hasil jualan Torres itu, Liverpool menyambar 2 pemain striker dan bagi aku adalah berbaloi dan semoga musim depan Liverpool akan lebih berbisa dam konsisten.

Semalam Liverpool dengan 2 pemain muda dari akademi, Flanagan dan Robinson, membelasah Birmingham City 5-0 dengan Maxi yang dah lama tak main menyumbang hatricknya pertama dalam pasukan Liverpool. Permainan yang menghiburkan dan menampakkan Liverpool tidak lagi bergantung kepada individu ( dahulunya Gerrard dan Torres). Semangat berpasukan yang tinggi hasil dari sentuhan King Kenny, legenda the Kop.

Highlight Liverpool vs Birmingham City

Liverpool v Birmingham City

 

Man of the Match: Maxi sebab dah lama tak main tapi sekali dapat peluang, beliau memberikan aksi yang terbaik dan membuatkan King akan memikirkan banyak kali samada nak turunkan Maxi atau tidak untuk match seterusnya.

Verdict: Mana tau dengan kebangkitan Liverpool sejak akhir-akhir ni, peluang untuk kelayakan Juara Eropah mungkin dapat dikecapi??? Kita tunggu dan saksikan sehingga akhir musim.

About the author

MrZamri

2 comments
Ali ridha - May 11, 2011

jumlah yang cukup besar tu.
Ali ridha recently posted…Urusan dipermudah kerana rajin solatMy Profile

Reply
MrZamri - May 12, 2011

dan jumlah yg cukup besar utk aku bergumbira… hehehehe.. future look bright under King… YNWA

Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge