Menunggu hari – Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam

Sekarang nih kami sedang menunggu hari jek untuk anak kedua. Perut wife aku pun dah agak membulat. Kesian aku tgk wife aku. Nak jalan, nak bangun pun payah. Kadang-kadang aku tolong dia bangun. Hari Jumaat semalam dah pegi check-up. Alhamdulillah, doktor kata anak sihat, jantung ok, lain semua ok. 

Berdebar jugak la nak menunggu yang second nih. Tapi yang sebenarnya aku kesian tengok wife aku. Tu la kadang-kadang aku balik keje aku tolong masak. Kalau dah lambat sangat aku beli jek kat luar. Tapi beli luar nih pun kadang-kadang bosan sebab selera tak kena. Kejap beli kang sedap, esok beli dah tawar puak. Aiseh! Senang aku masak sendiri, janji ikut tekak sendiri dan wife aku oun boleh makan. Aku pandai masak ke??? Entah setakat nih aku masak wife aku menjilat jari .. hehehehe…. boleh la.

Sebenarnya post aku buat khas untuk wife aku. Aku rasa masa anak pertama pun aku ader buat. Aku sebagai husband dia, aku pun tak tau apa nak buat nak kurangkan penat, sakit wife aku selain aku tolong dia mana yang aku mampu. 

Orang mengandung nih banyak pahala dia. Kalau korang baca bawah nih, bertuah orang perempuan yang mengandung. 

 

  1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
  3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
  4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
  5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
  6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
  7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.? Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.

(Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

Credit : informasi[dot]my

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Semoga Allah lindungi wife dan anak-anak aku dan semoga selamat dan walafiat ke duanya nanti, insyaAllah. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins