Nak Join Online Business bermentor? Klik sini »

Mula Bisnes – 4 Fasa Bisnes Rasulullah

By MrZamri / October 3, 2014
mula-bisnes-MB2000

Kita nak berniaga, cara siapa kita harus ikut? Cara mat saleh? Cara orang cina?

Sebagai Muslim, asasnya cara Rasulullah adalah cara yang terbaik. Disamping kita berbisnes ikut Rasulullah, kita juga mengamalkan Sunnah Nabi.

mula-bisnes-MB2000

Dipetik dari Pakdi.Net

 

Fasa # 1

Nabi Muhammad saw telah didedahkan dengan dunia bisnes pada seawal usia 9 tahun oleh pakciknya Abu Talib.

Baginda juga dibawa menyertai rombongan dagang ke Syria. Sesampai di Bushra, Selatan Syria seorang Pendeta Nasrani bernama Bahirah menasihati Abu Talib mengawasi anak saudaranya dengan lebih berhati-hati kerana wujud tanda-tanda seorang Rasul dalam diri Baginda. Dikhuatiri ada pihak musuh yang menyedari hal ini.

Fasa # 2

Nabi Muhammad saw pada usia belasan tahun memulakan bisnes sendiri dengan menjaga kambing-kambing penduduk Mekah yang kaya raya.

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda, “Allah tidak menurunkan seorang Nabi melainkan dia menjadi seorang pengembala kambing.

Para Sahabat bertanya, “Adakah kamu juga begitu?”

Rasulullah saw menjawab, “Ya. Aku pernah menjadi pengembala kambing penduduk Mekah dengan upah beberapa Qirats.”

Hadis ini direkodkan dalam Imam Bukhari dalam Bab Sewa (Ijarah), #463.

Qirats merupakan kaedah pengiraan emas yang kini disebut sebagai karat.

Fasa # 3

Nabi Muhammad apabila masuk umur 20-an memasuki bisnes trading dengan bekerjasama dengan Sayyidatina Khadijah bt Khuwailid. Sayyidatina Khadijah merupakan seorang wanita yang dihormati oleh masyarakat ketika itu. Lebih berumur dari Nabi Muhammad saw dan melantik Baginda sebagai rakan niaga melalui networking bisnes sedia ada.

Kemahiran bisnes yang tinggi pada Nabi Muhammad saw ini menyebabkan Sayyidatina Khadijah menawarkan keuntungan 2x ganda kepada Baginda untuk memastikan kerjasama bisnes dapat dimaterai.

Maisarah, pembantu Sayyidatina Khadijah bersama Baginda dalam rombongan-rombongan dagang. Melalui persaksian Maisarah tentang budi pekerti mulia Baginda menyebab Sayyidatina tertarik untuk mengahwininya.

Dalam fasa ini juga, Nabi Muhammad saw mendapat pengiktirafan tertinggi dalam masyarakat Mekah dengan gelaran al-Amin (yang paling dipercayai)

Fasa # 4

Apabila usia Nabi Muhammad 40 tahun, wahyu telah diturunkan maka Baginda tidak lagi terlibat secara aktif dalam operasi bisnes.

Rasulullah saw melantik al-Saib ibn Abi al-Saib al-Makhzumi sebagai rakan bisnes. Kini Baginda pula yang bertindak seperti isterinya Sayyidatina Khadijah iaitu sebagai seorang pemodal / pelabur (Rabbul mal).

Ketika pembukaan Mekah, Nabi Muhammad saw bertemu dengan Sa’ib dan memperkenalkan kepada Sahabat yang lain:

“Selamat datang wahai saudaraku dan rakan bisnesku. Jangan bermain-main  dan cari pasal dengan dia (merujuk Sa’ib dalam urusan bisnes).”

Hadis ini direkodkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah. Sahih pada nilaian al-Hakim dan disokong oleh az-Zahabi.

 

Apa yang kita dapat pelajari dari 4 Fasa Bisnes Rasulullah ini?

  • exposure awal sangat bagus, dari umur 9 tahun Rasulullah telah didedahkan kepada bisnes.
  • mulakan dengan apa yang kita ada, seperti Rasulullah meberikan servis menjaga kambing yang tidak perlukan apa-apa modal. Hanya perlu kemahiran membela kambing.
  • ‘trading’ merupakan satu bisnes yang diceburi oleh Rasulullah. Ianya merupakan bisnes servis yang tidak memerlukan kos atau minimum kos.
  • ‘Networking atau JV atau berjemaah didalam berbisnes sangat penting untuk meluaskan perniagaan
  • ‘Leverage’ – apabila sampai satu tahap, anda tidak perlu lagi untuk turun padang menguruskan bisnes. Cari orang kepercayaan dan serahkan kepada mereka. Ini membuka peluang kerja kepada yang memerlukan.

Diharap, artikel ini memberikan sedikit sebanyak rumusan dan pengajaran buat kita. Perniagaan adalah 9/10 dari rezeki.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mulakan langkah bisnes anda dengan MB2000. MB200o merupakan produk pembelajaran video yang dihasilkan oleh Faisal Abdullah didalam objektif untuk membantu lebih ramai usahawan dilahirkan tanpa perlu meleburkan ribuan ringgit. Untuk keterangan lanjut, klik butang dibawah.

MB2000-Read_More

About the author

MrZamri

Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge