• Home  / 
  • Bisnes
  •  /  Nak Mula Bisnes – Produk Servis

Nak Join Online Business bermentor? Klik sini »

Nak Mula Bisnes – Produk Servis

By MrZamri / November 18, 2014

Artikel sebelum ini sudah menceritakan tips mula bisnes dan jenis-jenis bisnes yang kita boleh mulakan dengan modal yang minimal atau tiada langsung modal diperlukan. Kali ini kita selongkar nak mula bisnes dengan produk servis.

Mula Bisnes Dengan Produk servis

Produk servis merupakan satu bidang bisnes yang sangat minimum modalnya malahan boleh dilabelkan zero modal kerana servis hanya perlukan kemahiran anda untuk di jual kepada pelanggan yang berminat.

Mula Bisnes Dengan Servis

Mula Bisnes Dengan Servis

 

Contoh produk servis adalah seperti membina laman web, membuat pengaturcaraan aplikasi, merekabentuk grafik dan sebagainya. Malahan produk servis seperti khidmat nasihat atau konsultansi amatlah tinggi harga bayarannya jika kena pada cara dan masa. Contoh penasihat perniagaan dimana memberikan nasihat dan konsultansi arah tuju bisnes, kesihatan bisnes dan masa hadapan bisnes. Namun, untuk servis konsultansi ini memerlukan anda sangat mahir dalam bidang yang ingin wakili.

 

Servis grafik lebih kepada kemahiran diri untuk mereka grafik yang cantik dan menarik. Boleh dikatakan permintaan servis grafik sekarang ini semakin tinggi disebabkan semakin ramai peniaga beralih arah ke bisnes online. Dari facebook cover, profile picture hinggalah bunting dan sebagainya. Terdapat banyak aplikasi yang memberikan anda fasiliti untuk mereka grafik dengan hanya semudah 1, 2 dan 3 sahaja.

 

Contohnya, FB Grafik Hero merupakan web aplikasi khas untuk membina facebook cover secara drag and drop. Amat mudah dan kita pun boleh mereka fanpage cover tak sampai 10 minit! Sangat memudahkan dan anda boleh membuka servis untuk merekabentuk Facebook Cover dengan harga dari RM30 hingga RM50.

 

Jika anda ada kemahiran grafik dengan Photoshop, ianya amatlah berharga. Anda boleh buka servis anda di laman seperti Fiverr dengan harga bermula USD 5 atau RM15 kasarnya. Atau di laman web Malaysia seperti ServisMurah yang bermula dari RM10.

 

 

Mula Bisnes Dengan Servis

Mula Bisnes Dengan Servis – Fiverr

 

 

Mula Bisnes Dengan Servis

Mula Bisnes Dengan Servis – ServisMurah

 

Jadi, peluang buat bisnes tidaklah kita akan fikirkan jual produk fizikal sahaja. Servis seperti konsultansi, grafik dan sebagainya juga boleh dilabelkan sebagai bisnes yang mana jika ditumpukan sepenuhnya boleh memberikan pendapatan yang lumayan dengan hanya menjual kemahiran yang kita anda.

Mulakan dari sekarang, fikirkan apakah kemahiran yang anda ada dan cuba tanya tanya rakan-rakan terdekat atau rakan sepejabat jika mereka rasa kemahiran anda ini boleh dijadikan kemahiran yang menghasilkan duit atau tidak.

 

Klik Sini untuk Mula Bisnes Dengan Menjana RM2000 Anda!

About the author

MrZamri

6 comments
sensasi2020 - November 27, 2014

Saya juga dah buat sevis di iLancee.com tetapi di servismurah belum lagi.

Reply
    MrZamri - November 27, 2014

    Terbaik. Mungkin boleh cuba di servismurah. Lagi banyak channel, lagi banyak sumber income.. ye tak

    Reply
Alongxp - December 4, 2014

terima kasih atas perkongsian ni. saya pon baru nak asah balik semua bakat yang tumpul ni, nak buat produk servis macam yang tuan kongsikan ni. terima kasih kerana berkongsi

Reply
MrZamri - December 8, 2014

InshaAllah. Dah ada kemahiran lagi best. Salah satu aset yg boleh Jana side income. Good luck Dan semoga berjaya

Reply
muaz - March 9, 2015

saya lebih prefer ilancee daripada servismurah.

servismurah, orang orang yang buat servis sangat mengecewakan

Reply
    MrZamri - March 10, 2015

    oh ok. Saya takde pengalaman ambil servis dari dua2 web. Harap servismurah dapat improve lagi lepas nih.

    Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge