• Home  / 
  • Kewangan
  •  /  OD bersandarkan Public Mutual Unit Trust

Nak Join Online Business bermentor? Klik sini »

OD bersandarkan Public Mutual Unit Trust

By MrZamri / July 19, 2011

Dekat 2 minggu jugak aku tak update blog nih. Sibuk sikit dengan PC yang rosak sebab hard disk failure, lepas tu ader program masa hujung minggu, so tak berkesempatan untuk uppdate. Walaupun begitu, aku ada kumpul sedikit sebanyak maklumat pasa OD bersandarkan Unit Trust hasil pembacaan aku dari forum dan blog.


[ad#nufnangsinpost]

Pertama sekali, kenapa aku cari maklumat ini? Sebab ianya sebagai salah satu alternatif kepada OD bersandarkan ASB dimana sekarang nih, OD untuk individu telah di bekukan dan cara lain untuk memohon adalah menggunakan company. Cara nih memang banyak proses dan tentunya memerlukan tenaga, masa dan wang untuk memohon ODASB nih.

So berbalik pada OD berdasarkan Public Mutual Unit Trust, nama pun Public, sudah tentulah offer nih datang dari Pubic Bank. Nama produknya adalah PM uniflex tak salah aku tp nak betul-betul confirm boleh search Google.

Dari maklumat yang aku perolehi hasil dari bacaan aku kat forum dan blog,

  • Maksimum margin yang diberikan adalah 80% dari nilai semasa pelaburan
  • Pelaburan menggunakan pengeluaran dari EPF tidak layak. Jadi hanya tunai sahaja.
  • Rate setakat ini adalah BLR – 1% (yang ni kena rujuk Public Bank)
  • Proses permohonan mengambil masa dari 1 minggu ke 4 minggu bergantung kepada efisien ke tidak pegawai bank tersebut.
  • Switching dibenarkan selagi mana nilai pelaburan semasa lebih dari 80% OD.
  • Tiada komitmen bulanan – tetapi ada 1% caj dari OD yang tidak digunakan (bagi amaun OD yang besar, mungkin 100k ke atas tapi cuba rujuk PB untuk confirm)
  • Untuk apply, pastikan korang dah ada Unit trust (dah melabur dalam UT), kalau tidak sia-sia la korang pegi sana. Permohonan di buat di bahagian pinjaman di cawangan PB.

Aku rasa itu je yang aku dapat simpulkan dari pembacaan aku. Mungin kalau ada lagi maklumat tambahan aku akan post kat blog nih.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Bagi aku memang menarik jugak OD bersandarkan UT nih tapi kena kaji lebih mendalam. Cuba cari sapa-sapa yang dah guna produk ni mungkin diorang lebih arif dalam menggunakan OD bersandarkan UT nih.

 

About the author

MrZamri

Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge