Raya – Balik kampung

By MrZamri / August 14, 2012

Dah tinggal beberapa hari sahaja Ramadhan. Pantas betul masa berlalu. Pada yang menghayati Ramadhan, Alhamdulillah. Semoga amalam kita diberkati Allah. Pada yang masih belum bermula, masih ada masa lagi, fokus untuk mempergunakan hari-hari Ramadhan yang tinggal ini untuk beramal.

InsyaAllah, Idul Fitri jatuh pada hari Ahad. Jadi, ramailah perantau di kota berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman. Ada yang menaiki bas setelah “booking” beberapa minggu lepas, ada yang duit lebih, tempah “flight” dan ada yang mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta atau motor akan bersiap untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Namun, dengan apa sekalipun kenderaan kita, rancanglah perjalanan anda.

(Kredit Gambar – KartunisUbi)

Sebelum perjalanan

  1. Keselamatan rumah – hubungi rakan cop. Kalau ada jiran sebelah, maklumkan berapa lama anda balik ke kampung.
  2. Jika ada langgan surat khabar atau majalah, hentikan buat sementara waktu supaya orang tidak syak jika terlihat surat khabar atau majalah terbiar didepan pintu, dimana orang akan tahu bahawa rumah tidak berpenghuni.
  3. Barang-barang kemas, barang berharga, kalau boleh jangan tinggal dalam rumah. Kalau tinggal, fikirkan tempat yang pencuri atau perompak takkan terfikir dimana nak cari.
  4. Kalau boleh rumah pasang lampu sensor, siang padam malam menyala. So orang tak dapat nak teka rumah berpenghuni atau tidak.
  5. Buat tinjauan di TV, website tentang keadaan trafik di lebuhraya supaya kita boleh merancang waktu bila terbaik untuk pulang dan jalan mana yang menyenangkan perjalanan.

Semasa perjalanan

  1. Pastikan anda mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalan. Kereta perlu berada dalam keadaan yang terbaik, terutama pada mereka yang berjalan jauh melebih 3 jam perjalanan.
  2. Pastikan taling pinggang keledar boleh digunakan terutama penumpang di belakang.
  3. Jika dalam perjalanan terasa mengantuk, berhenti sebentar untuk rehat atau lelapkan mata pada siang hari. Jika malam, mungkin boleh berhenti untuk minum seketika.
  4. jangan terburu-buru jika dilebuhraya perjalanan terlalu lambat disebabkan kereta yang terlalu banyak di jalan raya. Jangan cuba memotong ikut lorong kecemasan kerana ini akan menyebabkan keadaan traffik menjadi lebih sesak. Dan kasihan pada penunggang motosikal kerana lorong kecemasan biasanya digunakan oleh penunggan motosikal.

Saya rasa ini sahaja tips yang dapat saya kongsikan. Sama-sama kita berdoa agar perjalanan kita diberkati Allah dan semoga perjalanan kita semua selamat pergi dan kembali.

Akhir kata, Salam Ramadhan – semoga kita beroleh kejayaan, InsyaAllah…

Salam Idul Fitri, semoga amalan pada bulan Ramadhan dapat diteruskan.. InsyaAllah.

About the author

MrZamri

Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge