• Home  / 
  • Personal
  •  /  Reunion : Buka Puasa – SGB96 (1431)

Reunion : Buka Puasa – SGB96 (1431)

By MrZamri / September 3, 2010

logoSGBPada hari Selasa, hari merdeka, telah diadakan Reunion budak sekolah aku kat Bangi Golf Resort. Memang syok sebab dapat jumpa kawan lama. Yelah, ada tu sampai 15 tahun tak jumpa.

Papan tanda SGBPintu masuk sekolah lama aku

Inilah masa untuk menghidupkan sekali lagi nostalgia di zaman sekolah dulu. Reunion kali ni aku kelaskan kepada 3 batch – Batch 1 dari tingkatan 1 – 3, batch 2 dari 4 -5 dan yang ke 3 budak hostel. Yang paling lama tak jumpa batch 1, sebab start diorang ni pindah ke sekolah lain pada thun 1994 ( tawaran MRSM, Teknik dan asrama penuh), hinggalah sampai tahun 2010. Bayangkanlah hampir 15 tahun. Sekarang bila dah dapat jumpa, masing-masing dah macam tak kenal. Ada yang maintain, ada yang dah tambah berat, ada yang rambut rebonding dan macam-macam lagi lah. Tapi yang penting, masing-masing sudah berjaya dalam hidup.

Aku nak letak gambar kat sini pun tak guna kan sebab korang mungkin tak kenal. Aku letak gambar kecik je la. Ini pun fetch dari album member aku.


From Buka Puasa – SGB 1431, posted by Faizul Ismail on 9/01/2010 (53 items)

Generated by Facebook Photo Fetcher


So, aku harap aktiviti ni akan berterusan untuk tahun yang akan datang.

Pasal makanan kat Bangi Golf Resort? OK bagi aku dengan bayaran RM40, sesuai. Cuma, bila buffet, pepaham je la. Berapa banyak la yang kita dapat makan. Yang penting, reunion ni dapat mengeratkan silaturahim yang telah lama terjalin.

About the author

MrZamri

Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge