• Home  / 
  • Hartanah
  •  /  Rumah Kota Warisan – Di sambar Penyewa Gergasi

Nak Join Online Business bermentor? Klik sini »

Rumah Kota Warisan – Di sambar Penyewa Gergasi

Rumah Sewa di Kota Warisan

Rasanya lebih kurang seminggu je rumah di Kota Warisan aku kosong. Aku buat satu iklan di Mudah dan satu lagi di blog ni. Nak kena cari penyewa cepat sebab kalau tidak arus aliran kewangan aku akan terganggu seketika.

Kali ini aku plan untuk “mark up” lebih sikit sewa rumah sebab bila ada proses tolak menolak harga akan berlaku ketirisan yang silap-silap aku dapat kurang dari aku bayar ke bank bulan-bulan. Jadi, aku telah set RM1800 untuk sewa rumah Kota Warisan.

Rumah Sewa di Kota Warisan

Rumah Sewa di Kota Warisan

Sebab-sebab aku set RM1800 adalah

 

1. Rumah Kota Warisan aku sangat luas – 22 x 90, 4 bilik 3 bilik air (yang ni standard la kan)

2. Kawasan sekeliling yang sedang membangun – McDonald dan Shell yang dah lama siap, ada kondo/apartment tengan dibangunkan, University Xianmen dalam proses nak buka berdekatan, KLIA2 dah beroperasi. Jadi fasiliti kawasan ini akan bertambah dan bertambah

3. Berdekatan dengan ERL ke KLIA. Seberang jalan Kota Warisan ada station ERL. Jadi sesuai untuk orang yang bekerja di KLIA dan sekitar KLIA.

 

Dalam tak sampai seminggu, aku dapat call dari seorang wakil dari sebuah Syarikat. Memerlukan rumah sewa untuk tempatkan Staf-staf mereka disitu. Mereka ada projek berdekatan dengan Kota Warisan. Memang pucuk dicita ulam mendatang, aku terima pelawaan wakil tersebut untuk menyewa rumah Kota Warisan aku tu. Dan yang paling best, tanpa ada tawar-menawar atau adegan tolak menolak harga. Terus diterima bulat-bulat harga yang aku paparkan di iklan Mudah.

 

Jadi sekarang ini dalam proses dokumentasi perjanjian dan lawatan ke rumah Kota Warisan. Dalam minggu ini aku dan wakil syarikat tersebut akan finalise perjanjian, penyerahan deposit dan kunci rumah.

 

Syukur Alhamdulillah.

About the author

MrZamri

Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge