• Home  / 
  • Personal
  •  /  Selamat Hari Raya dan Tips balik Kampung

Selamat Hari Raya dan Tips balik Kampung

By MrZamri / September 8, 2010

raya1Salam. Tinggal 1 hari jer untuk kita meninggalkan Ramadhan yang dikasihi. Malam ni merupakan hari terakhir kita menunaikan solat tarawikh dan banyak-banyaklah berdoa supaya kita dipanjangkan umur dan dapat temui Ramadhan pada tahun hadapan.


[ad#nufnangsinpost] Setelah mengharungi ibadah puasa selama 30 hari, dengan berbagai ujian yang di lalui, akhirnya umat manusia berjaya dan dengan itu Allah anugerahkan Syawal sebagai meraikan kemenangan mengharungi cabaran berpuasa selama 30 hari disamping Allah gandakan pahala bagi ibadah yang ditunaikan dalam masa 30 hari didalam bulan Ramadhan.

Oklah. Dikesempatan ini, aku personally dan keluarga aku generally ingin memohon maaf, zahir dan batin jikalau post-post atau komen-komen yang dibalas menyakitkan, terguriskan dan sebagainya. Saya manusia, sentiasa melakukan kesilapan dan harapan dapat memperbaiki dari hari ke hari dengan lebih baik dari hari sebelumnya.

Untuk perantau yang rancang untuk balik pada malam ini atau esok diharapkan dapatla buat precheck kenderaan anda. Mana yang kena servis, servis dulu, mana tayar yang angin tak cukup kasi pam dulu. Yang jalan lebih dari 2 jam, pastikan dapat tidur yang cukup. Kalau dalam perjalanan, anda mengantuk, carilah R&R yang berdekatan, berehat ataupun tidur sekejap untuk menghilangkan rasa menagntuk anda. Sesaat anda terlelap boleh mendatangkan musibah yang besar bukan setakat anda tetapi keluarga anda yang tersayang. Kalau boleh sebelum memulakan perjalanan, bacalah Bismillah dan bacalah doa menaiki kenderaan serta Ayatul Qursi, InsyaAllah Allah akan melindungi perjalanan anda.

Rasanya setakat ni sahaja tips perjalanan balik kampung. Raya tu raya jugak. Jangan pulak raya sakan, makan sampai tak ingat sampai sakit perut.

Akhir sekali, saya dan keluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

10-176x220

hari raya

Kami akan pulangkan ke kampung Melaka, InsyaAllah tengahari besok.
[ad#offgamers]

About the author

MrZamri

7 comments
PLUS Anggar 1.4 Juta Kenderaan Guna Lebuh Raya Sempena Aidilfitri | Indonesia Search Engine - September 8, 2010

[…] Selamat Hari Raya dan Tips balik Kampung Ā« Mr Zam Blog […]

Reply
aimannajmy - September 9, 2010

Salam hari raya aidilfitri.. Ampun maaf dipinta,zahir dan batin.. andai buat rumah terbuka jangan lupa jemput saya šŸ™‚

Reply
    MrZamri - September 9, 2010

    insyaAllah… Selamat hari raya dari saya keluarga… hati2 dijalan raya..saya baru jer nak bersiap balik kg… dekat jer Melaka…

    Reply
hanif - September 21, 2010

salam hari raya bro..maaf zahir batin..

Reply
    MrZamri - September 22, 2010

    Samalah kita….

    Reply
ZoOM - July 19, 2011

Nice Content..nice blog

Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge