• Home  / 
  • Hartanah
  •  /  Seminar Pelaburan Hartanah – Jom jumpa disana!

Nak Join Online Business bermentor? Klik sini »

Seminar Pelaburan Hartanah – Jom jumpa disana!

By MrZamri / October 6, 2012

Alhamdulillah, dapat juga aku luangkan masa untuk pergi ke seminar yang dah lama aku inginkan. Tapi disebabkan kekangan masa, perancangan untuk hadir seminar ini terpaksa ditunda.

Sememangnya, aku sedang cuba untuk mencari sebanyak mungkin ilmu hartanah, pengurusan kewangan dan pelaburan kerana aku tak mahu hanya bergantung kepada kerja 9-5 sekarang. Kita tak tahu rezeki kita yang akan datang, yang kita boleh buat adalah berdoa dan berdoa semoga dilimpahkan rezeki yang halal dan diberkati Allah.

Berbalik kepada Seminar Pelaburan Hartanah ini. Seminar ini dianjurkan oleh Satu Solution Corporate Services dikelolakan oleh Tuan Bri. Siapa yang tak kenal Tuan Bri, seorang yang telah berjaya didalam bidang hartanah. Sekarang beliau ingin berkongsi pengalaman dan ilmu beliau, jadi inilah peluangnya untuk kita belajar dari orang yang sudah berjaya.

 

Persoalannya, kenapa pelaburan hartanah?

  1. Pendapatan melalui pelaburan hartanah merupakan Aset yang paling bernilai kerana jutawan dunia sendiri Warren Buffet yang berkata sedemikian!
  2. Setiap masyarakat Malaysia pasti ingin menjana pendapatan sampingan dan antara yang paling berkesan ialah pelaburan hartanah!
  3. Sistem pelaburan hartanah masih belum ramai yang aktif menceburinya di Malaysia!
  4. Sistem pendapatan yang terpantas Selamat untuk menjana pendapatan berbanding dari MLM, jualan langsung, pelaburan e-dagang dan sebagainya. Ini terbukti!
  5. Senjata utama pendapatan pasif anda!
  6. Anda dapat membeli rumah tanpa mengeluarkan sesen pun dalam proses pembelian hartanah!
  7. Melalui ilmu hartanah dari pakar, anda dapat sewakan atau jualkan hartanah anda dengan harga yang lebih tinggi! Ini menguntungkan anda!
  8. Teknik termudah untuk mendapatkan pelanggan anda!
  9. Ilmu pelaburan hartanah mudah difahami jika anda benar-benar komited dan beriltizam tinggi!
  10. Pembinaan kekayaan dan aset terpenting yang utama di dunia ialah menerusi pelaburan hartanah!

Dipetik dari Seminar Hartanah

Tetapi bagi aku, aku bukan sahaja hendak menceburi dalam bidang hartanah sahaja, tetapi aku ingin mempelbagaikan jenis pelaburan yang ingin aku ceburi samada saham, indeks, CPO dan sebagainya.

Jadi kawan-kawan, tak berminat untuk mempelajari ilmu hartanah daripada Tuan Bri? Jika berminat boleh ke laman web jualan Seminar Hartanah diatas.

Pada kawan-kawan yang sudah mendaftar dengan seminar hartanah ini kita jumpa disana. Saya akan menyertai seminar pada hari Isnin, 8 Oktober 2012, InsyaAllah.

[Update] Saya telah hadir ke Seminar Hartanah ini semalam. Apa pendapat saya? InsyaAllah saya akan cuba tulis serba ringkas tentang ini. Masa untuk saya membuat pilihan untuk teruskan langkah 2 atau tidak.

 

About the author

MrZamri

1 comment
Seminar Hartanah – Sambungan « MrZamri - October 19, 2012

[…] seminar Pelaburan Hartanah ini membuka mata saya malah ada yang saya tak terfikir untuk membuatnya, antaranya 1. Ilmu […]

Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge