• Home  / 
  • Hartanah
  •  /  Skim Rumah Pertamaku – peluang untuk yang baru mula

Nak Join Online Business bermentor? Klik sini »

Skim Rumah Pertamaku – peluang untuk yang baru mula

By MrZamri / March 14, 2011
Beli-rumah-tanpa-deposit

skim-rumah-pertamakuDiumumkan dalam Bajet 2011, skim adalah untuk membantu golongan muda untuk mendapatkan rumah pertama mereka tanpa memerlukan deposit. Ini membolehkan golongan muda mendapat pembiayaan 100% daripada bank-bank yang terlibat dalam skim ini.

Tapi ada syarat-syarat untuk skim ini. Bukan semua golongan muda boleh layak untuk skim. Antaranya :

Kriteria Kelayakan

  • Peminjam/Pelanggan Yang Layak
  • Warganegara Malaysia
  • Pembeli rumah pertama
  • Individu berumur sehingga 35 tahun
  • Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan
  • Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan
  • Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

Hartanah Yang Layak

  • Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai minimum hartanah RM100,000
  • Nilai maksimum hartanah RM220,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun
  • Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Rekod simpanan (rizab kecairan untuk 3 bulan ansuran)
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

So, sesiapa yang layak boleh ke website Skim Rumah Pertamaku untuk maklumat penuh. Aku dah tak layak dah. Jadi, just sebarkan maklumat pada yang layak.

Save

About the author

MrZamri

6 comments
zik - March 18, 2011

tak layak lagi… tapi penting untuk tahu nie… mana tahu ada rezeki … huhu

Reply
    MrZamri - March 18, 2011

    betul tuh… hehehe

    Reply
aimannajmy - March 18, 2011

nape bro tak layak..dah lebih umo ke hehehe

Reply
    MrZamri - March 18, 2011

    sendir mau ingat la bro … hehehe.. dah tak layak tu buat cara dah tak layak… hehe

    Reply
aishah - February 8, 2012

saya nk tanyer..rumah yg layak hanya rumah baru atau secondhand rumah pon boleh?

Reply
    MrZamri - February 13, 2012

    Rumah yang baru je… boleh rujuk website kat atas tu…

    Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge