Nak Join Online Business bermentor? Klik sini »

Strategi Untuk Dapatkan Kos FBads Murah – Cuba dulu Baru Tahu

Banyak saya tengok pertanyaan tentang Fbads dan paling banyak tentang bagaimana nak dapatkan kos FBads yang murah. Kalau 4-5 tahun lepas memang sangat senang nak dapat kos 0.01 sen. Sekarang memang agak susah jugalah.

Memandangkan makin ramai yang terjun dalam channel FBads, maka makin banyak competition, maka makin naik kos iklan disebabkan competition antara pemain FBads. Untuk yang baru nak berkecimpung dalam FBads mungkin agak goyah. Yalah, budget dah la kecil, nak berperang pulak dengan otai-otai besar yang dah lama dalam FBads. Jadi, kebanyakannya akan “back out” dan give up.

Untuk mereka yang masih lagi tak give up, saya nak share satu strategy untuk dapatkan kos FBads yang rendah tapi boleh capai reach besar. Ini adalah antaranya. Namun semua strategi ini mungkin tak sesuai dengan anda bergantung pada pelbagai faktor. Jadi, use at your own risk.

Sebelum itu, mindset Fbads, anda perlu ada 300-500 untuk dibakar. Kenapa? sebab untuk awal ini kita nak dapatkan data yang sesuai untuk kita scale up lepas ni dan iklan kita akan kecilkan hingga kepada prospek yang betul-betul anda mahukan dan prospek yang betul-betul lapar.

Oh lagi satu, anda kena khatam dulu Customer Avatar. Apa tu? Ha, kalau tak tau sah memang tak khatam lagi kan? Nak belajar buat Customer Avatar? Recommended tapi ada ongkosnya. Klik link bawah ni untuk baca dulu.

LikeMethod

OK, Jom kita ke strategi yang saya nak kongsikan. (Saya anggap anda dah pernah buka FB ads interface dan pernah run FBads)

Strategi Video

Gunakan Video untuk run campaign

  • Budget sehari – RM15-30 (lifetime Rm50-100)
  • Run selama 3-5 hari

 

 

Ringkasan cara buat fbads

Ringkas je. InshaAllah kalau ada masa saya buat video.

 

Pilih Objective Video Views atau Engagement.

  • Video Views – FB akan hantar video pada yang suka tengok video. Saya cadangkan video views sebab kosnya rendah, kadang-kadang boleh dapat 0.01 sen. (bergantung jugak ya)
  • Engagement – FB akan hantar post anda pada mereka yang anda yang suka like, share dan comment (bergantung pada copywriting anda dan setting di ads set – Sebab tu kena siapkan dulu Customer Avatar)

Cara buat Fbads-Objective

 

Bahagian ke dua ini sangat penting. Penentu Fb ads anda jalan cantik atau tidak

  • Locations – Pilih “People who live in the location” dan masukkan lokasi yang anda nak target. Saya cadangkan ambil 1-2 negeri untuk cuba.
  • Age and Gender – masukkan umur berdasarkan Customer Avatar anda dan juga jantina. Di sini saya cadangkan biar umur seperti dalam gambar. Jantina anda spesifik bergantung pada produk. Kalau produk kecantikan kulit, boleh tukar ke Women.
  • Languages – Boleh masukkan English (All), English (US), English (UK) dan Malay. Kenapa saya masukkan language? Salah satu sebab untuk minimumkan orang luar (Expats) ganggu ads kita sedangkan diorang ni bukan prospek kita.
  • Detail Targeting – biarkan kosong jika anda tak pasti apa nak masuk.
  • Exclude People – Masukkan “Expats (All)” – Sama juga macam sebabnya dengan language. Untuk minimumkan orang luar (Expats) ganggu ads kita sedangkan diorang ni bukan prospek kita.
  • Placements – Biasanya saya akan target Mobile – Newsfeeds. Yang lain saya untick.
  • Budget and schedule – Bergantung pada bugdet anda. Untuk daily, kita akan run ads 24 hours. Untuk Lifetime Budget, ads akan run ikut schedule yang kita tetapkan. Saya cadangkan ambil Lifetime Budget dan set 3-5 hari dengan budget RM50-Rm150.

 

cara buat fbads-adset

 

cara buat fbads-adset2

 

 

 

 

 

 

Bahagian Ads Creative

  • 2 options – create new ad atau Use Existing Post – Kalau dah buat post video anda di Page, So boleh pilih je terus post yang dah buat. Kalau belum, Anda kena upload Video dan tulis sedikit Copywriting yang membuatkan prospek anda nak tengok video anda.

 

Analyse Results

Part ni paling penting, Untuk Video, Anda perlu pastikan Video Views lebih dari 100. Dari sini, anda boleh create Custom Audience. Signifikannya, bila prospek anda view video anda lebih dari 50%, bermaknanya prospek anda ada minat dengan penyelesaian yang ada ingin kongsikan dalam video tadi. Mereka hanya perlu di berikan maklumat lebih terperinci dimana untuk ads seterusnya anda perlu buat copywriting penuh untuk menarik prospek anda untuk membeli dengan anda.

  • Columns – tukar pada video engagement since objektif kita Video Views. Kalau Post Engagment boleh tukar kepada Engagement.
  • Breakdown – boleh tukar kepada age, gender, location, devices etc.

 

Untuk video views, untuk pastikan viewers anda lebih dari 100, boleh tengok pada gambar dibawah ni. Tak nampak Title Column so anda boleh havor ke icon i. Dari sini, anda boleh create Custom Audience. Dari Custom Audience ini anda boleh buat Lookalike audience.

  • Custom Audience – di populate dari website, post, video, email atau no telefon. Banyak lagi source lain.
  • Lookalike Audience – Di populate dari Custom Audience dimana FB akan cuba cari behavior yang lebih kurang sama dengan Custom Audience yang anda create sebelum ni.

Jadi, untuk next ads, anda dah boleh gunakan Custom Audience dan Lookalike Audience. Keberangkalian untuk dapatkan kos yang rendah adalah subjektif kerana ianya bregantung pada banyak faktor, antaranya

  • content anda dalam page
  • relevan atau tidak post anda pada prospek (boleh check Relevant Score)
  • Gambar yang menarik atau tidak
  • Audience Size yang setimpal dengan budget kos anda

 

Antara lainya, anda boleh buat split test bagi setiap parameter yang anda rasakan perlu, antaranya

  • Umur – boleh pecah pada beberapa segmen umur.
  • lokasi – pecah ikut negeri atau bandar. Biasanya 1 negeri 1 ads set
  • interest – untuk pastikan interest yang benar-benar terbaik, dipecahkan 1 ads set 1 interest
  • placement – mobile view atau desktop atau instagram
  • post ads – boleh tukar headline bagi setiap post ads

Jadi sampai sini sahaja. Kalau ikutkan banyak lagi nak kognsikan. Buat dulu yang ini, dan share dengan saya. InshaAllah kita boleh analyse sama-sama. Tinggalkan komen jika anda ada pertanyaan ya.

About the author

MrZamri

3 comments
Anuar - May 30, 2017

Terima kasih di atas langkah demi langkah setup FBAds… Cukup padat dan menarik…. Semoga dapat membantu pembaca yang beminat untuk setting FBAds..
Anuar recently posted…Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataanMy Profile

Reply
Ikhwan - July 21, 2017

Teknik FB Ads sentiasa ada kemaskini, sambil menjual kumpul database untuk buat repeat order dari prospek yang sama.
Ikhwan recently posted…Buat Duit Dengan Niche SulitMy Profile

Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge