Tahun 2019 – Target Setting Baru

Dah lama betul tak menulis, since blog ni down sebab migrate sampai la ke hari ni. Hari ni duduk re-install balik sebab dah lama tak ingat password.

Tahun 2018, banyak benda aku belajar, banyak benda berubah. Permulaan pada aku berhenti kerja Mac 2017 hinggalah aku ada team sales sendiri. So, memang banyak perubahan dari segi mindset, cara kerja, eh macam-macam lagi la.

Bila sebut team sales ni, banyak betul pengalaman aku lalui. Dari buat closing 2 orang, aku dengan wife sampai la aku decide nak buat team sales. Dari 2 orang, bertambah ke 5 orang. Dari 5 orang bertambah ke 11 orang.

Masa tu, hati gundah gulana, boleh ke tidak? boleh ke aku bayar diorang ni? Cukup aku supply leads? Fuhh macam-macam lah. Setiap aku tak cukup tidur sebab nak pastikan semuanya berjalan lancar.

Tapi biasalah, bila try and error, macam-macam berlaku. Nak pulak, ko jaga orang as team leader cum marketer cum CEO (chief of everything), macam-macam ragam.

Yang aku whatsapp jawab besok harinya, yang tak ambik leads kat inbox messenger, update reports pun nak kena bagitahu. Fuh memang mencabar kau.

Oklah, nanti aku cerita lagi details kalau sempat. sekarang team sales aku ada 7 orang. Alhamdulillah masuk 3 orang baru. Tunggu 1-2 bulan macam mana prestasi diorang.

Babai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *