Takde tajuk.

Lama tak menulis. Sebab malas, takde masa (alasan) dan macam-macam hal (alasan jugak hahaha)

Dalam masa tak menulis ni, banyak benda aku buat. Masuk kelas online sana-sini (since pkp banyak online lah). Join agen, affiliate, dropship semuanyalah. Macam-macamlah, chatbot, e-commerce, team sales, etc. Sebenarnya aku rasa macam exhausted gila. Takde arah tuju. Takde objective. Padahal apa yang aku join tu semua aku dah tau (bukan kata aku tau semua sampai expert). Aku join sebab nak refresh balik apa yang aku tau.

Bukan aku nak cari teknik kayangan petala langit, magic lautan dalam ku renangi ke. Memang totally aku nak refresh dan paling penting aku nak cari balik apa sebenarnya yang aku nak. Dan sebenarnya aku masih tak berapa nak jumpa pun.

Sambil-sambil tu aku masuk juga kelas Aqidah since aku pun bukannya pandai sangat. Dikala pandemik dan musibah ni, aku fikir baik aku baiki dan baikpulih aqidah dan mantapkan lagi Aqidah. Aqidah adalah akar, kalau tak kukuh mudah sangatlah nak dicabut pokoknya. Kurang-kurang aku tak lah hanyut dalam nak cari “Dunia”.

Berbalik pada kelas-kelas yang aku masuk tadi, kebanyakannya adalah kelas Facebook ads. Dan sebenarnya, kalau ikutkan mana-mana kelas aku masuk, bendanya sama je. Dan benda ni boleh je ko nak belajar kat Youtube. Malahan Facebook sendiri ada sediakan Blueprint, tinggalkan nak spend masa untuk belajar je. Dan yang penting bila ko learn from Facebook Blueprint secara tak langsung ko jadi “budak baik” dalam Facebook. Sebab Facebook ni memang pentingkan media dia ni dari sebarang “negativity” terutamanya jika ko guna servis ads dia. Jadi ko kena behave jadi budak baik.

Yang aku nampak benda paling penting kalau ko betul-betul nak buat Ads, tak kira Facebook, Google atau Instagram malahan tiktok, WAJIB, ya aku kata WAJIB ko faham SIAPA PROSPEK KO? Kalau ko jawab semua orang, then baik ko lupakan dulu iklan berbayar. Ko cubalah FREE marketing. Sebab ko tak faham sapa audience ko.

Sebab tu ada certain coach akan tekankan Customer Avatar atau Persona. Penting sebab bila ko nak menulis Copywriting kena tahu sapa yang nak baca Copywriting, dan kena faham apa objektif Copywriting ko. Eh macam kelaut lak. Ok STOP

Nanti ada masa aku tulis panjang lebar lagi pasal Customer avatar nih. Apa-apa pun sebelum nak start apa-apa pengiklanan tak kira berbayar atau tidak, PRE-MARKETING kena settle dulu. Apa tu PRE-MARKETING?

Pre-Marketing benda asas yang ramai orang tak nak amik tahu. Asas ni penting sebelum kita nak mula pengiklanan. TAPI ada lagi satu PALING penting; Kalkulator bisnes. Tahu numbers dalam bisnes ko. Apa margin ko? COGS? profit yang kau nak? Eh macam banyak jugak nak tulis ni. Tapi aku tulis later lah. Doakan aku sempat lagi menulis hehe…

Stay safe stay home. Semoga Allah kurniakan kebaikan dan keselamatan didunia dan akhirat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top