Team Sales atau Sistem Agen Stokis

Memang dilemma bila kita dah mula bisnes, sebab kita tak boleh selamanya buat seorang atau one man show. Perlukan team untuk bergerak lebih maju, lebih besar supaya Visi dan Misi yang kita tetapkan dapat di jalankan

Setakat ni sudah setahun saya menjalankan sistem menggunakan Team Sales dan Team saya in semua bekerja dari rumah (Work From Home). Memang banyak dugaan, disebabkan monitoring hanya melalui KPI dan laporan yang disediakan.

Kadang-kadang, manusia ini disiplinnya sangatlah rapuh. Perlu diketuk setiap hari. Begitulah juga dengan Team Sales. Setiap hari kita perlu memberikan arahan yang jelas, motivasi supaya menaikkan lagi semangat mereka jika mereka ‘down’.

Sebagai “leader” kita perlu lebih bersedia, perlu lebih ke depan disebabkan kita adalah punca penyelesaian masalah kepada team. Jadi ada baiknya, seorang team leader perlu dilantik menggantikan anda supaya tugas-tugas lain dalam dunia bisnes dapat dilaksanakan.

Berbalik pada Team Sales vs Sistem Agen Stokis, ke dua-dua ini mempunyai kelebihan dan kekurangan

Team sales yang normal, iaitu bekerja di pejabat perlukan latihan dari awal. Mereka datang ke pejabat dan bekerja seperti biasa, setiap bulan akan dapat gaji dan komisen. Mereka terikat dengan syarikat dan perlu memenuhi “Job Description” yang telah dipersetujui.

Sistem Agen Stokis pula lebih kepada wakil pengedar kita dimana kita tiada ikatan yang sah dari segi pensyarikatan kecuali dari segi pematuhan cara jualan dan KPI untuk kekal sebagai Agen atau stokis. Namun jika kita mempunyai bilangan Agen dan Stokis yang ramai, ianya menjadi satu aset yang besar walaupun kita tahu setiap agen dan stokis yang datang tak semua akan aktif.

Persamaan ? Kedua – duanya perlukan bimbingan dari segi latihan, perlu dimotivasi, diberikan ganjaran supaya mereka boleh memperolehi pendapatan yang diinginkan.

Jadi, apa pilihan yang ada? Team sales atau Sistem Agen dan Stokis?

Bagi saya, saya akan pilih ke dua-duanya. Team sales sebagai backup dan Sistem Agen Stokis sebagai penggerak bagi bisnes saya dimana ke dua-dua ini memberikan peluang pekerjaan pada mereka diluar sana.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top