• Home  / 
  • Projek
  •  /  Terdesak………ke Tersedak ???? – Episode 2

Terdesak………ke Tersedak ???? – Episode 2

By MrZamri / August 21, 2010

Masih lagi dalam tajuk terdesak. Kali ni adalah “outcome” pada cerita-cerita terdesak episode 1 yang mana beberapa “point” dalam episode 1 ada jawapannya samada negatif atau positif. Tapi setakat ni, apa yang aku dapat adalah positif, Alhamdulillah. Sesiapa yang baru sampai ke post ni, korang kena pergi ke artikel Terdesak…. ke Terdesak??? yang mana rentetan dari kisah terdesak minggu lalu.

1. Ingatkan aku punya gmail account di”hacked” orang. Siap minta aku bayar $500 lagi. Tapi aku pun bijak. Setelah aku dapat tahu gmail aku kena “hacked”, dengan sepantas kilat aku “log report” ke pakcik Google. Log pertama, Google kata tak dapek cek nak nolong sebab info yang aku bagi tak cukup untuk pakcik Google “retrieve” balik akaun aku tu. Aku tak putus asa, aku log kali ke dua. Selang beberapa hari, aku telah mendapat berita baik dari Google dimana gmail akaun aku telah dikenalpasti dan serta merta satu “link recover” telah dihantar untuk “generate” password baru. Alhamdulillah. Akaun aku masih OK lagi cuma “contacts” dalam akaun aku tu semua nya hilang. Tapi takpa, aku ada “solution” lain untuk masalah ini.

2. Pasal masalah tak update blog, disebabkan aktiviti terdesak ni, aku telah berjaya mengumpul kembali tenaga dan jiwa aku yang telah berbulan lamanya terkubur dilubuk mana entah. Dan sekarang korang boleh tengok aku tengah update blog. Alhamdulillah, terima kasih pada Ijad dan rakan-rakan yang komen pada episode 1. Korang punya komen salah satu punca untuk aku memblog.

3. Alhamdulillah, aku dalam proses untuk “handover” kerja aku kepada rakan sekerja aku yang lain. Kenapa? sebab aku telah berjaya di terima untuk masuk ke Team baru. Satu cabaran baru akan bermula pada 1 September nanti, InsyaAllah. Jadi, selepas ni blog ni akan diselitkan serba sedikit tentang kerja baru nanti.

4. Setelah mendapat nafas baru untuk “update” dan seterusnya aktif 100% untuk blog ini, aku akan cuba untuk menyalurkan tenaga ini ke blog-blog yang lain InsyaAllah. Alhamdulillah.

5. Takde apa nak diceritakan, kerana projek Terdesak ni telah membuatkan aku mendapat ramai kawan. Alhamdulillah. Aku tunggu untunk projek baru dari Ijad. Dengar kata ada projek baru. Yang pasti aku takkan ketinggalan.

6. Motivasi dari projek Terdesak, aku akan cuba gunakan untuk blog-blog aku yang lain, InsyaAllah.

7. Target –  ini berkaitan dengan item nombor 2 dan 4. Jikalau aku dapat adaptasikan “power” yang ada sekarang ni, insyaAllah target aku akan tercapai, InsyaAllah.

Alhamdulillah, kerana kebanyakan cerita terdesak episode 1 di akhiri dengan perkara positif. Bersyukur sangat.

Disamping itu, aku telah mengorak langkah untuk terjun ke bidang hartanah. Alhamdulillah, baru je sign Letter Offer untuk rumah di Shah Alam. Moga langkah yang aku ambil ni akan membuka lembaran baru dalam hidup aku dan juga keluarga aku. Mungkin ni rezeki anak aku Irdina Mawaddah. Syukur Alhamdulillah.

About the author

MrZamri

1 comment
Hadi Rofiee - August 22, 2010

Semoga berjaya Bro.

Terdesak akan memberikan kita kuasa utk bertindak. :mrgreen:

Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge