• Home  / 
  • Hartanah
  •  /  Villamas Apartment – Miliki tanpa deposit

Nak Join Online Business bermentor? Klik sini »

Villamas Apartment – Miliki tanpa deposit

By MrZamri / September 23, 2013

Kebanyakan rumah yang saya jumpa mesti perlukan deposit untuk mendapatkannya. Dalam membuat carian tentang rumah, saya terjumpa satu artikel di drumah.com

Tajuknya sangat menarik!

Villamas Apartment Pebelian Tanpa Deposit Untuk Kakitangan Kerajaan!

Baca lagi sekali “UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN”. Hancur berderai harapan. Eh! Baru teringat yang Wife saya Cikgu. Terus saya copy dan paste url berkenaan di FB message wife dan suruh wife call untuk tanya maklumat lanjut tentang rumah ini.

Selang 2 minggu, kami telah membuat appointment untuk melawat tapak rumah dan berbincang dengan lebih lanjut. Permulaan perjalanan untuk sampai memang agak jauh, dari Putrajaya dikataka hingga ke Bandar Bukit Raja. Kami dah biasa dengan Jusco Bukit Raja, jadi ianya memudahkan kami untuk sampai ke kawasan Jusco.

Rupanya, Villamas Apartment tersebut tidaklah begitu jauh dari Jusco Bukit Raja. Kami jumpa En Abdul dan terus ke tapak pembinaan. Malangnya, tiada show house yang dapat kami lihat, cuma dari luar sahaja.

Kawasan berdekatan dengan MYDIN dan AEON BIG.  Jadi, kemudahan sudah sedia ada disamping bangunan 2 tingkat rumah kedai di hadapan Apartment yang akan siap pada tarikh yang sama dengan Apartment.

Sekarang ini menjadi dilema samada ingin miliki Apartment ini atau tidak? Skim agak bagus kerana dapat menyelesaikan baki hutang dalam slip gaji. Harga rumah Rm155k dan Gov akan bagi loan dalam RM200k dan selebihnya pihak developer/agent akan gunakan untuk langsaikan hutang yang ada dalam slip gaji.

Sesiapa ada terdengar skim ini? Boleh percaya ke? Berbaloi ke untuk beli rumah ini dan sewakan?

Maklumat penuh Villamas Apartment

» http://www.drumah.com/villamas-apartment-pebelian-tanpa-deposit-untuk-kakitangan-kerajaan/3866.html

About the author

MrZamri

Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge