Nak Join Online Business bermentor? Klik sini »

Website Sangat Penting Untuk Perniagaan Anda

Bagaimana nak bina website

Ramai di luar sana masih tidak tahu bagaimana nak bina website atau blog. Kalau yang ada duit lebih mungkin kita boleh upah web developer untuk bangunkan website atau blog kita. Tapi jika kita baru bermula berniaga secara online, tentulah kos kita lebih banyak tertumpu kepada pemasaran.

Zaman sekarang terdapat banyak tools diluar sana yang dapat bantu kita untuk membina website atau blog secara mudah tanpa perlu tahu selok belok teknikal bagaimana nak bangunkan website atau blog. Salah satunya yang saya sendiri gunakan adalah WordPress.

Blog saya sendiri menggunakan WordPress. Boleh tengok bagaimana “look and feel” blog saya. Saya boleh aturkan blog saya dengar sidebar berada di kanan atau dikiri anda. Saya boleh letakkan sebanyak mungkin kategori, artikel terkini atau artikel lama di sidebar. Ianya semudah klik dan klik.

WordPress merupakan Open Source (aplikasi free sumbangan developer seantero dunia) dan sebab itulah wujud beribu-ribu plugin dan themes untuk wordpress. Plugin dan Themes ini ada yang berbayar dan ada juga yang percuma. Ada juga developer yang menjadikan plugin dan themes ini premium jadi perlu bayar untuk dapatkannya kerana ianya telah di bina supaya dapat menyelesaikan masalah tertentu pada WordPress.

Cara bina website dengan WordPress

Cara bina website dengan WordPress

Kenapa Saya cerita tentang WordPress?

Memandangkan saya lihat trends sekarang semakin ramai orang menceburi bidang perniagaan internet. Tidak kiralah jika anda menjual di Facebook, Instagram dan sebagainya. Anda semua boleh dikategorikan sebagai peniaga online atau peniaga internet. Kebanyakannya sangat bergantung kepada Facebook, Instagram dan sebagainya. Anda perlu ingat,bila-bila masa sahaja pihak berkenaan boleh delete akaun anda kerana anda hanya menumpang di aplikasi mereka.

Ada yang saya dengar Facebook Page dengan jumlah like 90,000 hilang begitu sahaja kerana kesalahan menjawab komen di page dengan meletakkan link. Kalaulah 90,000 ini adalah aset anda dan anda tidak pernah mengumpul maklumat pelanggan anda, memang haru birulah jawabnya.

Sudah tentu anda akan merasa bengang, marah dan benci dengan Facebook. Tapi anda tak boleh nak buat apa sebab semua itu adalah pinjaman semata-mata (hehehe..macam tazkirah pulak). Nak tak nak, terpaksalah anda bermula dari zero. Mula dengan bina page baru dan naikkan peminat page bermula dari 0.

Jadi, pada yang sudah pun berniaga dan masih bergantung pada Facebook atau Instagram ambil inisiatif dari untuk bina website atau blog. Dari sini bina aset anda sendiri tanpa perlu bergantung pada Facebook atau instagram. Kita manipulasi Facebook atau Instagram untuk tarik trafik ke website atau blog kita. Dari situ boleh

a) Kumpul maklumat pelanggan menggunakan autoresponder

b) Gunakan fungsi pixel Facebook dan Adwords untuk tujuan remarketing atau retargetting

Sebenarnya banyak lagi yang kita boleh buat dengan website atau blog. Yang penting anda perlu bina aset anda dahulu dan gunakannya sebagai “kedai” anda.

Jika anda sedang mencari tutorial lengkap WordPress termasuk bonus Cara Retargetting dan Cara bina laman minisite, ada boleh ke gambar berikut. Ianya adalah tutorial didalam video dimana anda boleh pause atau ulang jika tidak faham.

Pakej Video WordPress

Pakej Video WordPress

About the author

MrZamri

Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge